seismik

"Mak Siapa Ni?" - Mak Cik Naik Syeikh Rancak Bergelek Masa Beli Air Ini Buat Ramai Terkedu

Buat buat tak nampak jap.

Cover image via @nothingonmeeeeeee (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam ramai-ramai kawan kita, pasti ada seorang dua yang perangai masuk air bukan?

Kebiasaannya, mereka ini sanggup membuat apa saja untuk menghiburkan kawan-kawan yang ada. Walaupun perkara itu memalukan dirinya, dia sanggup juga asalkan member happy.

Namun baru-baru ini, tular pula sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang mak cik sakan bergelek telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Badan auto goyang bila dengar muzik masa tengah beli air

Menerusi video berkenaan, kelihatan suasana ramai sedang membeli air di depan food truck di lokasi yang tidak dikenal pasti.

Namun, apa yang lebih mengejutkan ramai adalah apabila seorang mak cik dilihat menggoyangkan badannya dan berjoget semasa beratur membeli air.

Lebih menghiburkan lagi, dia dilihat sangat enjoy bergelek sampai tidak malu dengan orang sekeliling yang melihatnya. Dalam video sambungan, mak cik itu dipercayai menepis cucunya semasa sedang asyik bergoyang dengan muzik yang dipasang.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@nothingonmeeeeeee

Replying to @ Yang ni kan kesian cucu dia

original sound - Y A A A A - Y A A A A

"Cucu dia dalam hati: Dah cukup lah tu nek" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 50K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap mak cik itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi, sakan dia joget ya. Chill sikit mak cik! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: