"Kekwat Sangat" - Kurang Ajar Masa Jawab Soalan Juri, Peserta TV Ini Terima Kecaman Ramai
Ada yang kata ni saja marketing.
Tayangan rancangan siri televisyen kini telah banyak menarik perhatian penonton
Salah satu rancangan adalah All Together Now Malaysia yang ditayangkan di Astro Ria. Rancangan itu menyaksikan peserta yang berbakat perlu mempersembahkan nyanyian mereka lalu akan dijuri oleh 50 juri hebat di Malaysia.
Namun, tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan salah seorang peserta menjawab soalan juri dengan biadab telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Jawab dengan selamba dan rasa tak puas hati
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman semasa rancangan siri televisyen sedang ditayangkan.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila salah seorang peserta dilihat sangat biadab apabila juri bertanyakan soalan.
"I rasa sebagai seorang performer, you come in you must show you happy. Tadi bila you duduk atas stage, kita cakap pun you macam ada nak marah, so itu you control sikit. Tapi lagi ni you minat ke?," tanya juri.
"Minat, mestilah minat, kalau tak, buat apa i bawak?," jawab gadis itu.
"Kena amik juri Mas Idayu pastu letak skali Sheila Rusly untuk goreng budak ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 437K tontonan, 10K tanda suka dan 680 komen di TikTok, rata-rata netizen turut meraih pelbagai reaksi masing-masing. Namun, ada juga yang mengatakan ia hanya marketing saja.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!