seismik

[VIDEO] "Auto Tutup" - Lelaki Selamba Masuk Toilet Kaca Lut Sinar Ini Raih Reaksi Netizen

Habislah kalau lupa tekan button.

Cover image via @djmick09 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Teknologi kini memang tidak dinafikan semakin canggih

Semuanya dicipta mengikut kesesuaian pengguna ditambah pula dengan cita rasa pengguna sekarang yang sukakan konsep estetik. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki masuk ke tandas bercermin lut sinar telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Auto tutup masa tekan butang off bila nak buang air

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki masuk ke toilet canggih di luar negara yang tidak dikenal pasti lokasinya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila semua cuak apabila dia ingin membuang air di tandas bercerminkan lut sinar itu.

Namun, sebaik saja dia masuk, dia dilihat menekan satu butang yang membuatkan kaca cermin itu tertutup untuk membolehkannya membuang air dengan selesa.

"Tak nak lah berak pun tak puas, nanti jantung degup laju sangat takut anytime screen buka balik"* - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 22M tontonan, 1M tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi berkenaan tandas tersebut. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau min tak berani nak masuk sebab ada trust issue! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: