seismik

"Tak Ada Ot*k" - Pasangan Suami Isteri Bawa Bayi Naik Jet Ski Ini Terima Kecaman Ramai

Bahaya, dengan tak pakai life jacket lagi.

Cover image via @NaimNawrouz (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aktiviti lasak yang melibatkan air memang menyeronokkan buat siapa yang sukakan cabaran

Namun, perkara itu juga harus berhati-hati kerana pelbagai aspek keselamatan perlu dititikberatkan. Kebiasaannya, pihak berkuasa memang mempunyai beberapa peraturan seperti memakai life jacket dan lain-lain.

Baru-baru ini, pasangan suami isteri dikecam ramai gara-gara membawa bayi kecil mengikut menaiki jet ski di sebuah tempat pelancongan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba bawa bayi kecil naik jet ski

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang menaiki jet ski di tengah tengah lautan. 

Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah apabila mereka membawa bayi kecil semasa menaiki jet ski. Perkara itu sangat bahaya kerana si pemandu iaitu ayahnya dilihat memegang bayinya dengan satu tangan sambil pandu jet ski. 

Tambahan lagi, bayi itu tidak dipakaikan jaket keselamatan. Ramai tertanya-tanya bagaimana pihak pengawal boleh membenarkan situasi itu terjadi. 

"Mak pak pakai life jacket, kalau jatuh dia expect anak dia terus bertukar jadi mermaid barangkali. Ada-ada saja kamu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 159K views, 1K retweets, 700 quote tweets dan 1K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter: 

Memang tengok seronok, tapi bahaya sangat tu!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: