seismik

"Ingat Daging" - Lelaki Order Steamboat, Sekali Ada Kain Basuh Pinggan Ini Buat Ramai Geli

Terus tak selera nak makan.

Cover image via Baidu & Ayo Bandung (Gambar hiasan)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai di luar sana yang gemar makan steamboat bukan?

Kadangkala cuaca sejuk atau masa lapar memang sesuai makan steamboat. Ditambah lagi jika ada rakan-rakan yang ramai, pastinya seronok makan sekali!

Baru-baru ini, tular sebuah berita daripada media Hong Kong iaitu Baidu yang memaparkan pengalaman seorang pemuda dan rakannya membeli steamboat namun mereka terkejut apabila terjumpa sesuatu yang pelik di dalamnya itu telah mencuri tumpuan.

Lihat gambar itu di bawah:

Image via Baidu

Masa pertama kali angkat ingatkan daging, rupa-rupanya kain buruk

Menerusi penjelasan pemuda itu yang dikenali sebagai Ning, mereka terkejut apabila terjumpa kain basuh pinggan dalam steamboat yang dipesan.

Ning dan rakannya itu terpaksa bekerja lebih masa pada 28 Disember 2022. Mereka lapar dan kemudian memesan steamboat untuk dua orang makan yang berjumlah CNY213 (kira-kira RM339).

Sebaik saja makanan itu sampai, mereka pun membuka bekas makanan tersebut. Rakan Ning mengesyaki warna supnya kelihatan lain daripada sebelum ini. Dia kemudian menanyakan rakannya sama ada mereka tersalah pesan sup cili kepada sup tomato, namun rakannya menidakkan.

Selepas itu, dia cuba minum sup itu. Kemudian, apabila dikacau supnya itu, dia mendapati adanya tekstur berat yang berbulu di dalam supnya itu.

Pada awalnya, mereka bersangka baik bahawa itu hanyalah daging lembu. Sekali apabila dikeluarkan mereka juga terkedu daging yang disangkakan itu ternyata kain basuh pinggan

Berikut di bawah merupakan resit dan bukti tangkap layar:

Resit pembelian (kiri), Tangkap layar bukti pembelian daripada Shao Hotpot (kanan)

Image via Baidu

Menurut sumber, pekerja berumur 19 tahun yang membuat kesilapan itu telah dipecat. Pekerja itu dipercayai tidak sihat pada hari tersebut.

Like* Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: