[VIDEO] Bagi ‘Signal’ Lain Daripada Yang Lain, Ramai Puji Inisiatif & Sikap Pemuda Ini
Kreatif betul!
Sebagai pengguna jalan raya, sudah tentu kita perlu mematuhi setiap peraturan jalan raya yang telah ditetapkan
Antaranya ialah memakai tali pinggang keselamatan jika anda memandu. Selain itu, penunggang motosikal juga perlu memakai topi keledar. Yang paling penting dan juga yang sentiasa dilupakan adalah memberi signal apabila anda hendak menukar lane.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook yang memaparkan seorang pemandu memberi signal lain daripada yang lain telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Keluarkan kertas yang bertulis 'please mohon laluan' tanda nak masuk lane
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemandu sempat merakam sikap pemandu lain semasa ingin menukar lane di jalan raya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pemandu tersebut dilihat mengeluarkan kertas untuk memberi signal. Kertas tersebut tertulis 'please mohon laluan, thank you' itu mencuri tumpuan pemandu di sekitar situ.
"Mungkin signal dia rosak tu, Myvi memang king" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 50K tontonan, 1.4K tanda suka dan 78 komen di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!