Umur Dah Masuk 25 Tahun, Bapa Masih Bekalkan Makanan Ini Buat Anak Rasa Sebak
Ayahnya seorang penyayang.
Ibu dan bapa merupakan orang yang tersayang bagi kita
Mereka merupakan anugerah dan nikmat yang kita ada sepanjang kita hidup di muka bumi ini. Ibu bapalah yang akan sentiasa ada untuk kita. Bermacam-macam pengorbanan yang mereka lakukan untuk membesarkan kita.
Sama juga seperti posting yang tular baru-baru ini di Twitter apabila seorang gadis dilihat sebak kerana masih dibekalkan makanan oleh bapanya telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Bapa bekalkan makanan dan beri duit emergency untuk anaknya
Menerusi gambar berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang memuat naik empat keping gambarnya di akaun Twitter.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia berasa sebak kerana bapanya masih membekalkan makanan seperti nasi goreng untuk sarapan dan mi rebus untuk makan tengah hari.
Lebih membuatkan dia sebak lagi adalah bapanya juga memindahkan wang supaya anaknya tidak kebulur di tempat kerja. Gadis itu sangat bersyukur dengan effort bapanya walaupun dia telah bekerja.
"Hargailah selagi masih ada. Semoga bapak diberi kesihatan yang baik" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 1.7M views, 8K retweets, 2K quote tweets dan 31K likes di Twitter, rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!