Kematian Anak & Dorongan Ibu Buat Sadri Hadir Ke Sesi Uji Bakat Calpis Soda OIAM Di Sabah
Sadri juga pernah menyertai uji bakat lain seperti Mentor tetapi tiada rezeki untuk mara ke peringkat seterusnya.
Seorang lelaki berasal dari Pitas, Sabah yang tinggal di Kota Marudu berjaya melepasi uji bakat Calpis Soda One In A Million (OIAM) yang diadakan di Aras 5, Sabah International Convention Centre (SICC) hari ini
Sadri Masrani ialah anak kedua daripada tujuh adik-beradik. Ibunya, seorang penyanyi berbakat di Sabah, telah menjadi inspirasi utama dalam hidupnya.
Menurut Sadri, "Mungkin bakat saya ini diwarisi daripada Ibu sendiri". Daripada semua adik-beradiknya, Sadri satu-satunya yang meneruskan jejak langkah ibunya dalam industri muzik, membuktikan cinta dan dedikasinya terhadap seni ini.
Image via TV3 Malaysia
"Bagi saya, semua lagu saya minat untuk didengari.. Sebenarnya lebih kepada dangdut pada awal, tapi selepas dah dengar pelbagai lagu.. Saya pun mula untuk polish dan alhamdulillah sekarang boleh lah juga menyanyi tu sikit sikit.
"Sebenarnya ini therapy buat saya.. Saya terlampau stress dan asyik memikirkan hari yang akan datang.. Sebab itu saya join uji bakat ataupun award-award lain untuk saya hilangkan stress ini," katanya.
Sadri sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata. Namun, ujian besar melanda apabila cahaya mata keduanya pergi buat selamanya pada 16 September 2023, setelah hanya tujuh hari menikmati nafas dunia. Anak sulungnya, seorang anak lelaki, kini telah berusia empat tahun.
Telah berkhidmat sebagai anggota bomba selama 14 tahun
Selain itu, Sadri juga sebenarnya telah berkhidmat sebagai anggota bomba selama 14 tahun. Pada tahun 2021, dia menjadi vokalis bagi kumpulan buskers JBPM Sabah dan pernah mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan anjuran jabatannya, di mana Sadri berjaya meraih tempat kedua.
Tambahnya lagi, dia pernah juga menyertai ujibakat lain seperti mentor tetapi tiada rezeki untuk mara ke peringkat seterusnya.
Ditanya apakah perasaannya apabila berjaya lepas ke stage seterusnya, Sadri berkata, "Saya bersyukur pada Tuhan sangat-sangat sebab saya datang dari jauh dan mengharapkan tahniah. Alhamdulillah, hari ini ada rezeki saya.
"Saya gembira dan pada masa sama kelu tak terkata. Itu sahaja yang saya boleh kata. Mungkin rezeki selepas kehilangan ini kan," kongsinya.
Pilu apabila didengari kerana seminggu sahaja selepas kehilangan anaknya itu, Sadri menghidap penyakit Psoriasis dek kerana stress akan kehilangan.
Image via TV3 Malaysia
"Sebenarnya ini therapy buat saya.. Saya terlampau stress dan asyik memikirkan hari yang akan datang. Sebab itu saya join ujibakat ataupun award award lain untuk saya hilangkan stress ini.
"Saya nak release tension pada malam tu, saya fikir lah untuk pergi ke laut untuk menabak ikan.. Pada keesokan hari itu terus tangan saya tidak boleh bergerak. Seminggu lepas tu baru saya pergi ke hospital dan doktor kata saya menghidap penyakit itu.
"Saya tak nak stress sangat sebab isteri baru pulih. Tapi isteri dapat tahu malah dia pula yang menjaga saya. Bukan saya yang jaga dia tapi dia jaga saya.
"Harapan saya semestinya ingin mengubah nasib keluarga saya dan diri saya agar dapat menyenangkan mereka semua termasuk diri saya," ujarnya.
Image via TV3 Malaysia
Dalam pada itu, Sadri berkata, dia mendapat tahu keberadaan uji bakat Calpis Soda One In A Million ini daripada group kawan-kawan.
Sadri juga sudah membuat persediaan seperti mendengar rakaman suara sendiri, jaga stamina dengan melakukan senaman jogging dan sebagainya.
Jadi, bagi anda yang berbakat di luar sana, jangan lepaskan peluang ini dan hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 & 17 November 2024 (Sabtu & Ahad), dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Image via TV3 Malaysia
Masih tidak terlambat bagi warga Sabah & Penang!
Cepat-cepat hadir ke Aras 5, Sabah International Convention Centre (SICC) dan Hotel Atrium, Sunshine Central Penang, Penang dari jam 10 pagi hingga 10 malam, 9 & 10 November ini!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain mengenai Calpis Soda One In A Million hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment