Kena Kacau Dalam Bilik Karaoke, Pemuda Serik Nyanyi Lagu 'Sephia' Oleh Sheila On 7
Ada cerita di sebalik lagu itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa saja yang tak mengenali band Indonesia terkenal, Sheila On 7 bukan?
Popular dengan lagu lama mereka yang bertajuk Melompat Lebih Tinggi, Berhenti Berharap dan banyak lagi.
Baru-baru ini, tular sebuah posting yang memaparkan sekumpulan remaja diganggu ketika menyanyi salah satu lagu band itu.
Tengah seronok karaoke lagu Sephia, tiba-tiba kena kacau
Menerusi posting di laman X, sekumpulan remaja sedang meluangkan masa di karaoke untuk bernyanyi.
Namun, salah seorang rakan mereka memilih lagu Sephia untuk dinyanyikan. Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sampai saja bahagian chorus, skrin TV terpadam. Kemudian, ada pula suara pelik seperti mengilai didengari daripada mikrofon.
Mereka masih menganggap tiada kejadian aneh dan berfikiran positif. Namun, keesokan harinya ada pula lagu Sephia itu disimpan di media sosial IG dan TikToknya. Perkara itu membuatkan ramai meremang.
Untuk rekod, lagu Sephia pernah dilabelkan lagu berhantu kerana kejadian di sebalik pembuatan lagu itu. Lagu tersebut diciptakan untuk seorang peminat yang telah meninggal dunia.
Image via googleapis.com
Lihat posting itu di bawah:
Seram pula dengar cerita ni!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment