Mayat Tanpa Kepala Milik Cikgu Istiqomah, Disyaki Dibunuh Kenalan Universiti Sebab Forex
Mayat ditemukan berdekatan tepi jalan Alor-Gajah-Tampin di Melaka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, polis mengesahkan mayat tanpa kepala dan tangan dijumpai di tong sampah adalah milik Cikgu Istiqomah
Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, hasil siasatan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan oleh Data Bank/DNA (D13) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman ke atas ibu mangsa pada 2 Ogos baru-baru ini adalah sepadan.
“Hasil ujian DNA didapati ia sepadan dengan mayat wanita yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna di Pulau Sebang pada Disember tahun lalu.
“Mangsa dikenali Istiqomah Ahmad Rozi, yang dilaporkan hilang di Johor pada 27 Disember tahun lalu,” katanya.
Polis menahan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak yang disyaki terlibat dalam jenayah tersebut.
"Siasatan tersebut membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa di kawasan berhampiran tempat mayat dijumpai.
"Tulang jari dan kepala juga ditemui tidak jauh dari lokasi penemuan mayat kira-kira lima hingga enam kilometer." katanya.
Mayat ditemui dalam keadaan mereput dan mula mengering. Mangsa disyaki meninggal dunia antara tempoh tujuh hingga 10 hari yang lalu.
Dibunuh oleh kenalan universiti, disyaki berkait dengan pelaburan Forex
Kenalan lelaki ketika sama-sama belajar di universiti, disyaki mendalangi pembunuhan cikgu, Istiqomah Ahmad Rozi.
Lelaki tersebut juga merupakan bekas guru sebelum berhenti menjadi pedagang mata wang asing (Forex). Dia dipercayai mempunyai urusan dengan mangsa yang betugas di Sekolah Kota Masai 3, Pasir Gudang, Johor.
Untuk rekod, keluarga mangsa melaporkan kes hilang sejak 26 Disember 2023. Kereta milik mangsa yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata dijumpai di Lotus Kota Masai pada 27 Disember tahun lalu.
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata suspek lelaki adalah kenalan mangsa dan mereka turut berhubung berkaitan pelaburan mata wang Forex.
"Reman ke atas suspek lelaki disambung selama tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 18 Ogos bagi melengkapkan siasatan manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas didapati tiada kaitan dengan kes.
"Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh," katanya.Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!