Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Minda Kena Kekal Positif" - Bekas Pesakit Positif Covid-19 Kongsi Cara Lawan Virus Itu

Pak Din telah disahkan positif Covid-19 pada 5 Mac lalu dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh demi mendapat rawatan kesihatan sebelum disahkan bebas daripada penyakit itu beberapa hari lalu.

Cover image via Facebook Ariffin Mamat

Baru-baru ini, menerusi satu temu bual, seorang bekas pesakit Covid-19, Ariffin Mamat, telah berkongsikan pengalamannya yang pernah disahkan positif virus berbahaya itu

Image via Berita Harian

Ariffin Mamat atau lebih mesra disapa Pak Din telah disahkan positif Covid-19 pada 5 Mac lalu dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh demi mendapat rawatan kesihatan.

Dia kemudiannya disahkan bebas daripada penyakit itu beberapa hari lalu.

Menurut Pak Din, Covid-19 sebenarnya masih boleh dirawat jika mengamalkan gaya hidup sihat serta mempunyai minda positif

Pak Din yang juga merupakan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia berkata pesakit perlu bersikap tenang dan positif setelah disahkan mempunyai wabak yang masih belum mempunyai vaksin itu.

Image via Facebook Ariffin Mamat

“Virus Covid-19 seperti kita kena selsema dan badan kita sendiri boleh melawan kuman itu. Jadi, untuk diri kita melawan kuman, minda perlu positif dan kita kena ada harapan sembuh, jangan berputus asa.

“Kita jangan rasa sedih, takut dan menggunakan masa dengan sebaik mungkin dengan tidur yang cukup. Sebenarnya, apabila badan kita kuat dan menjaga kesihatan sebelum itu, kita akan mudah melawan penyakit,” katanya kepada Berita Harian.

Tambah Pak Din lagi, dirinya tidak mempunyai simptom seperti demam teruk mahupun selsema, namun doktor mengesahkannya positif COVID-19 ekoran ada kontak dengan individu yang lebih awal disahkan positif

“Saya sebenarnya tidak ada simptom, hanya batuk sikit-sikit. Kami (pesakit) ditempatkan di satu bilik dihuni empat orang, semua positif. Setiap orang ada simptom masing-masing, ada demam dan batuk.

Image via Facebook Ariffin Mamat

“Ubat yang diberi hanya untuk melawan (memulihkan) simptom (seperti batuk). Jadi badan kita kena kuat dari segi mental, emosi supaya kita positif dan kuat melawan virus ini. Virus tidak mahu ada dalam badan apabila kita kuat,” ujarnya.

Susulan daripada itu, Pak Din turut mengarahkan individu yang rapat dengannya supaya membuat saringan kesihatan dan melakukan pengasingan diri bertujuan mengelak virus ini tersebar kepada individu lain.

Image via Facebook Ariffin Mamat

Mengakhiri temu bualnya, Pak Din turut mengucapkan terima kasih serta memuji sikap kesemua petugas kesihatan yang positif dan berhemah dalam merawat setiap pesakit Covid-19 biarpun berdepan risiko dijangkiti.

Lihat temu bual penuh di bawah:

Kalau ada ahli keluarga, sahabat handai, atau diri kita sendiri yang positif virus Covid-19, jangan putus asa, tau!

InsyaAllah, akan kembali sihat. Yang penting, be positive!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment