"Kena Prank" - Cikgu Cuak Tenangkan Murid Gaduh Dalam Kelas, Sekali Lain Pula Yang Jadi
Budak-budak nakal ni sebenarnya sweet tau.
Semasa di sekolah, pasti ada seorang cikgu kita paling sayang kerana sifat mereka yang penyayang persis ibu kita
Mengajar anak murid bukanlah satu perkara yang mudah. Tetapi, jika seseorang itu sudah menjadi cikgu favourite, mereka sanggup buat apa saja untuk membalas jasanya.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang cikgu wanita menangis apabila melihat anak muridnya bergaduh telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cuak masuk-masuk kelas nampak murid tengah bergaduh, sekali tak sangka kena prank
Menerusi video yang dimuat naik oleh @quedotcom, kelihatan sekumpulan murid lelaki sedang bergaduh sambil menolak sesama sendiri di dalam kelas mereka.
Apa yang menjadi tumpuan adalah apabila cikgu yang bertugas ketika itu dilihat berusaha untuk menenangkan anak muridnya yang berada dalam situasi sangat tegang.
Tidak lama kemudian, tiba-tiba satu kelas menyanyikan lagu hari jadi buat cikgu itu sambil seorang murid perempuan dilihat membawa kek kepadanya.
Siapa sangka, rupa-rupanya mereka semua berpakat membuat prank kepada cikgu mereka untuk menyambut hari jadinya. Ternyata, Cikgu Haslinda terkejut dan menangis apabila menerima kejutan tersebut.
Image via @quedotcom (TikTok)
Image via @quedotcom (TikTok)
"Cikgu jenis ni bukan sekadar mencurahkan ilmu, malah juga kasih sayang. Sebab tu anak murid dekat padanya. Tak pasal-pasal air mata keluar pagi ni" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3.1M views, 246.9K likes dan 5.7K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terharu melihat kejutan anak murid cikgu itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @quedotcom (TikTok)
Image via @quedotcom (TikTok)
Image via @quedotcom (TikTok)
Image via @quedotcom (TikTok)
Image via @quedotcom (TikTok)
Image via @quedotcom (TikTok)
Image via @quedotcom (TikTok)
Image via @quedotcom (TikTok)
Image via @quedotcom (TikTok)
Image via @quedotcom (TikTok)
Mesti Cikgu Haslinda akan rindukan murid-murid dia bila diaorang dah habis sekolah nanti kan? :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment