seismik

Ibu & Ayah Buat Kejutan Birthday Dalam Flight, Pramugari Siap Ajak Penumpang Nyanyi Sekali

Bestnya dapat surprise macam ni!

Cover image via @elynlyn_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menerima kejutan hari jadi daripada orang tersayang sudah tentu membuatkan kita rasa sebak dan gembira

Apatah lagi jika kejutan itu dibuat di tempat yang kita tidak jangka dan orang lain turut sama meraikannya.

Itulah yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila dia menerima kejutan hari jadi dalam kapal terbang telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@elynlyn_ Alhamdulillah..Thankyou ibu,ayhfor the birthday suprise#airasia#airasiacabincrew #fyp original sound - elynlyn_

Tak sangka ibu dan ayah berkomplot dengan pramugari untuk buat surprise dalam flight

Menerusi video yang dimuat naik olah @elynlyn_, kelihatan gadis itu sedang berada di dalam sebuah pesawat Air Asia untuk menuju ke Kota Bharu, Kelantan.

Apa yang membuatkannya terkejut adalah apabila dia tiba-tiba dipanggil oleh pramugari untuk pergi ke bahagian depan pesawat.

Lebih membuatkan dia terharu adalah pramugari tersebut membuat pengumuman dan ucapan hari jadi daripada ibu ayahnya. Malah, pramugari tersebut siap mengajak kesemua penumpang untuk menyanyikan lagu 'Happy Birthday' buatnya.

Gadis itu menerima sejambak bunga dan kad ucapan hari jadi daripada cabin crew penerbangan tersebut. Dia juga dilihat memeluk ibu dan ayahnya sejurus menerima kejutan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 58K views, 12K likes dan 140 shares di TikTok

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut menumpang gembira buat gadis itu. Malah, ada yang sebak melihat usaha ibu bapanya untuk menjadikan hari itu istimewa buat anak kesayangan mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sweetnya ibu ayah dia, seronok tengok keluarga bahagia ni :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: