Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kena Tangkap Khalwat, Ibu Tunggal Jadi Wanita Pertama Disebat Di Terengganu

Difahamkan, wanita itu ditangkap bersama seorang lelaki di rumah.

Cover image via Bernama Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita dikenakan hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah

Menurut sumber, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Rosdi Harun menjatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM4,000 selepas Nurfifi Amira Nawi, 37, yang merupakan ibu tunggal mengaku bersalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022.

Wanita itu mengaku ketika itu dia bersama seorang lelaki berusia 40 tahun yang bukan suami atau mahram di sebuah rumah di Kemaman. 



Image via BERNAMA

Wanita itu pernah didenda pada tahun 2018

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022, kesalahan khalwat kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman maksimum sebatan enam kali, denda RM5,000 atau penjara tiga tahun.

Hakim memerintahkan hukuman ke atas Nurfifi Amira, yang mempunyai seorang anak, dijalankan pada 6 Mei ini di Penjara Marang jika beliau gagal mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini dan hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Wanita itu pernah dinasihati supaya segera menikah secara sah mengikut hukum syarak.

"Pada saya, (bagi) penyakit khalwat ubat paling besar adalah nikah yang sah daripada segi hukum syarak.

"Jangan nikah (di) Golok (Thailand). Kamu beri alasan hendak nikah tetapi tindakan tidak ada, jadi ini tidak insaf," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment