seismik

"Rumah Lama Makin Usang" - Anak-Anak Lelaki Sepakat Hadiahkan Rumah Baru Untuk Ibu

Difahamkan, ibunya merupakan seorang ibu tunggal.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengorbanan ibu sememangnya tiada tandingannya

Ibu tidak pernah berkira membesarkan anak-anaknya daripada kecil lagi sehingga melihat anak-anak berjaya.

Baru-baru ini, dua orang anak lelaki menghadiahkan sebuah rumah baru kepada ibunya telah menarik perhatian.

Usaha itu dilakukan oleh Mohd Fikri Morni, 29, dan abang, Mohd Tirmizi, 34, dengan sokongan dua kakak mereka untuk membina rumah baru kerana rumah lamanya semakin usang.

Fikri dan abangnya mengumpul sejumlah wang termasuk membuat pinjaman bank untuk memberikan kediaman lebih selesa untuk ibu tersayang. Difahamkan, ibu mereka merupakan ibu tunggal.

Menurut sumber, struktur rumah lama yang dibina arwah ayahnya itu semakin senget kerana masalah tanah yang tidak pernah ditambak.  

Image via Harian Metro

Kerja pembinaan rumah baru sempat siap sehari sebelum raya

Fikri dan adik-beradik berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk ibunya.

"Ayah meninggal dunia ketika ibu hamilkan saya lapan bulan dan sejak itu ibu yang besarkan kami dengan membanting tulang empat keratnya sebagai pembantu di restoran sebelum diterima kerja sebagai Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

"Bagaimanapun pendapatan ibu tidak besar namun dia tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk kami empat beradik dan mengutamakan keperluan kami berbanding mengubahsuai rumah termasuk menambak tanah,

"Idea membina rumah baru daripada saya dan abang serta berbincang adik-beradik sebelum beritahu ibu mengenainya. Pada mulanya ibu terkejut dan tidak mahu menyusahkan kami namun dia gembira dengan perancangan itu.

"Kerja pembinaan bermula Julai lalu dan pembinaannya siap sehari sebelum Aidilfitri. Boleh dikatakan pembinaan rumah mengikut citarasa ibu sepenuhnya terutama permintaannya untuk mempunyai empat bilik dan tandas seperti di hotel." katanya.

Image via Harian Metro

Walaupun sebak melihat rumah lama dirobohkan, namun mereka sekeluarga gembira dan berpuas hati kerana diberikan peluang membalas jasa ibunya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: