Bagi Bad Review Dekat Pusat Servis Kereta, Owner Mercedes Dikecam Kata Servis Mahal
Difahamkan, bil keseluruhan dikenakan terhadapnya berharga RM420.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, setiap kereta perlu dihantar ke pusat servis untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan
Ia bagi memastikan keselamatan kendaraan itu supaya dapat mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.
Baru-baru ini, tular sebuah posting yang memaparkan individu yang bertindak membalas komen negatif seorang lelaki setelah mendapat perkhidmatan servis kereta di sebuah pusat servis di Johor.
Difahamkan, terdapat seorang lelaki yang merupakan owner kepada kereta Mercedes telah melakukan servis kereta di JDMH Autoservice, Masai, Johor. Namun, dia dilihat memuat naik bad review tentang pusat servis itu.
Dia mengatakan pusat servis itu tidak mempunyai organisasi yang teratur, staf juga tidak friendly dan biadab. Technician juga tidak profesional. Lebih teruk lagi, technician tersebut menutup bonet keretanya dengan kuat dan tidak meminta maaf.
Individu yang dipercayai pemilik pusat servis itu menafikan bad review berkenaan
"Saya tidak marah tapi apakah tujuan anda post review begini? Ruang menunggu punya banyak sofa boleh berguling-guling.
"Ada tv ada netflix
Ada aircond casset 3hp 2 bijik
Ada coway
Ada chiller
Ada wifi
Ada surau
Ada toilet
"Pun dia masih cakap uncomfortable seating?
"Mercedes C200
Engine oil 6liter
Oil filter
Labour
RM420
"Mahal ke? Pun dia cakap expensive payment? Kedai punya terang macam ni poor lighting? Kami dah bagi yg terbaik dan sehabis baik, pun ada yang tak boleh terima lagi environment macam ni. Pelik bin musykil betul lah" tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!