Individu Kecewa Beli Nasi Lemak Ayam Harga RM63 Untuk 2 Pinggan Di KLIA - "Tak Berbaloi"
Harga premium kalau makanan premium tak apa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, harga barangan termasuk makanan kian meningkat
Perkara itu disebabkan harga bahan juga sangat mahal. Namun, peniaga seharusnya menjual makanan dengan harga yang berpatutan.
Baru-baru ini, tular sebuah individu berkongsi pengalaman buruknya semasa makan di KLIA Terminal 1. Difahamkan dia membeli 2 bungkus nasi lemak dan 2 cawan air Cappucino.
Dia terkejut melihat total bil berharga RM106.95
Individu tersebut merasakan makanan yang diterima tidak sepadan dengan harga. Dia faham kebanyakan makanan di lapangan terbang memang mahal, tetapi nasi lemak yang diterima itu memang tak berbaloi dengan harga RM31.55.
"WTF wei!!! Dey KLIA , don't u guys monitor the pricing ha? Cilaka 2 pathetic Nasi Lemak comes to RM63.10. I understand airport pricing and all or maybe some fancy dish but this is ridiculous la. Just fried chicken, ikan bilis, rice and spoon of sambal in a box. I'm ok with your premium price but at least let the food look a lil premium . Is this really worth the price?
"I don't normally share negative stuff about food but this is too much la. Just landed and I've begun cursing to glory" tulisnya.
Lihat posting itu di bawah:
Dalam perkembangan lain, menurut laporan ketika artikel ini ditulis, pihak Queen Coffee and Meals menyatakan mereka telah meminta akaun bank pelanggan itu untuk proses pembayaran balik.
Menerusi hantaran Facebook Malaysian Airports juga menyatakan pihak mereka akan memastikan semua premis mematuhi piawaian perkhidmatan dan kualiti.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!