seismik

Kelayakan Atas Kertas Kini Kurang Penting, Pekerja Fasih Mandarin Jadi Satu Kelebihan

Kemasukan pelaburan langsung asing yang besar di Malaysia menjadi faktor.

Cover image via Vecteezy & Utusan

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kini, kebanyakan majikan kurang memberi perhatian pada pendidikan formal pekerja yang bakal diambil

Sebaiknya, kebanyakan majikan lebih menekankan aspek seperti etika kerja, pengalaman kerja, budaya dan keupayaan untuk belajar dalam satu syarikat itu.

Menurut sumber, Pengarah Pengurusan Jobstreet oleh Seek Malaysia, Vic Sithasanan, menyatakan bahawa mengikut Laporan Pampasan dan Faedah Pekerjaan 2024, bentuk pembangunan kerjaya yang paling biasa adalah program latihan atau pembelajaran kendiri, di mana 63 peratus majikan sudah menyediakan program itu di syarikat masing-masing.

"Oleh itu, walaupun sesetengah majikan mungkin menganggap pendidikan formal sebagai salah satu kriteria, ramai daripada mereka berpendapat ia kurang penting kerana kebanyakan daripada mereka menyediakan latihan khusus yang diperlukan untuk berprestasi dengan baik dalam syarikat," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Kelebihan berbahasa Mandarin juga menjadi salah satu faktor majikan mengambil seseorang pekerja itu

"Walaupun Bahasa Inggeris adalah bahasa utama untuk berkomunikasi dalam pasaran global, ini berbeza apabila ia melibatkan kerja dengan pihak yang mempunyai pelbagai pasaran.

"Sebagai contoh, dengan kemasukan pelaburan langsung asing yang besar di Malaysia, terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk pekerja yang fasih dalam Bahasa Mandarin," katanya

Menurut sumber, Presiden Persatuan Majikan Malaysia, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata majikan sedang beralih kepada penilaian yang lebih holistik terhadap calon, dengan mempertimbangkan gabungan pendidikan formal, kemahiran praktikal, dan pengalaman yang relevan.

“Pendekatan ini bertujuan untuk merangkumi pandangan yang lebih menyeluruh terhadap sumbangan potensi calon kepada organisasi,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Ipoh Echo

Syed Hussain menegaskan pandangan Vic mengenai kepentingan yang semakin meningkat terhadap kecekapan dalam Bahasa Mandarin kerana ekonomi dipengaruhi oleh hubungan Malaysia dengan negara-negara seperti China.

"Malaysia adalah hab antarabangsa untuk syarikat-syarikat pelbagai kebangsaan dan banyak industri yang mencari calon pekerja dengan kecekapan dalam bahasa seperti Mandarin, Jepun, Korea, dan Arab kerana kehadiran mereka yang semakin meluas dalam pasaran kerja Malaysia.

"Syarikat-syarikat yang berurusan dengan pelanggan antarabangsa atau dengan cawangan di luar negara sering mencari pekerja yang berkebolehan dalam pelbagai bahasa," katanya.

Walau bagaimanapun, Syed Hussain menekankan bahawa Bahasa Inggeris tetap berada dalam lima kemahiran teratas yang dicari majikan semasa mengambil pekerja.

"Keperluan berasaskan industri mendapat pertimbangan utama dalam proses pemilihan. Akibatnya, terdapat penekanan yang semakin meningkat terhadap penyertaan graduan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) dalam kumpulan calon yang dipertimbangkan untuk pelbagai peranan pekerjaan.

"Pengiktirafan ini mencerminkan kepentingan pelbagai laluan pendidikan dalam mempersiapkan individu untuk tuntutan tenaga kerja moden," katanya.

Syed Hussain berkata calon yang mempunyai kelayakan TVET sering dilihat dengan baik oleh majikan, yang menghargai kegunaan langsung kemahiran yang diperoleh melalui program TVET.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: