Flat Di Kampung Melayu Meriah Nak Sambut Hari Raya, Dah Siap Pasang Lampu Lip Lap
Seronok betul tengok flat berwarna-warni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menjelang bulan Syawal, ramai umat Islam yang sudah mula membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri
Bukan saja membuat persiapan dengan membeli baju raya, kuih raya dan perabot baru di rumah. Malah, ada juga yang teruja menghias dan mencantikkan rumah supaya wujud suasana raya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan suasana flat Kampung Melayu di Pulau Pinang.
Dapat dilihat mereka telah menghias dan memasang lampu hijau, biru, kuning dan merah di depan rumah.
Menerusi video berdurasi 34 saat, flat 15 tingkat itu penuh warna-warni dan lip lap lampunya.
Berdasarkan temu bual dengan SAYS, lampu raya itu ditaja oleh peniaga bernama Datuk Seri Salim Rahman
Difahamkan, Datuk Salim mengadakan pelbagai aktiviti untuk komuniti di Flat Kampung Melayu.
"Raya kali ini, kita mengadakan cabutan bertuah. Tempat pertama boleh membawa pulang Proton Saga, hadiah lain-lain seperti motosikal, TV dan pakej umrah." katanya.
Ini juga bukan pertama kali peniaga itu menaja penduduk untuk menghias flat. Kebanyakan penghuni di situ bekerja dengannya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!