Masjid Negara Mohon Maaf Atas Kes Viral Lelaki Disuruh Pakai Tudung
Pihak pengurusan Masjid Negara mengambil serius terhadap perkara ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang lelaki disuruh memakai tudung ketika memasuki Masjid Negara
Melaui video viral yang dikongsi lelaki terbabit, kelihatan lelaki tu berambut panjang dan sebaik sahaja ingin memasuki dalam masjid, pengawal keselematan wanita menegurnya dan memintanya untuk memakai tudung.
"You go down and wear the robe, you cannot wear like this open" kata pengawal itu.
Apabila lelaki itu menjawab "saya lelaki", pengawal keselamatan itu menjawab "ye, saya tahu" dan tetap bertegas.
"Saya bukan perempuan, rambut tak payah tutup, bukan aurat." jawab lelaki itu.
Namun, pengawal keselamatan wanita itu masih menyuruhnya memakai robe dan baju tutup.
Sehubungan dengan itu, pihak masjid memohon maaf kepada individu tersebut
Pihak pengurusan masjid memohon maaf secara terbuka melalui posting di media sosial, semalam.
"Pihak Pengurusan Masjid Negara mengambil serius terhadap perkara ini dan dengan rendah hati memohon maaf di atas kekhilafan dan kekeliruan Pengawal keselamatan wanita tersebut. Untuk makluman, Pengawal Keselamatan adalah lantikan pihak ketiga iaitu syarikat keselamatan yang dilantik melalui perolehan kerajaan. Pengawal Keselamatan terbabit telah diberi teguran agar lebih peka dalam menjalankan tugas." tulisnya.
Masjid Negara juga akan memastikan perkara tersebut tidak berulang pada masa akan datang demi menjamin reputasi dan imej institusi masjid kekal terpelihara.
Pihak pengurusan juga menyediakan borang aduan sekiranya orang awam ingin membuat aduan berkenaan masjid.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!