seismik

Suruh Sabar Masa Ramadan, Pak Cik Baran Marah Lelaki Cina - "Jangan Sibuk Agama Aku"

Malu pula, sebab lelaki tu dah minta maaf.

Cover image via @SyedAkramin (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pergaduhan antara pak cik Melayu dan lelaki Cina

Difahamkan, mereka bertengkar disebabkan insiden di jalan raya. Lelaki Cina itu dilihat tidak sengaja melanggar kereta pak cik itu disebabkan peka melihat Waze. 

Namun, pak cik itu turun daripada keretanya dan terus memarahi lelaki itu walaupun dia telah meminta maaf berkali-kali. 

"Minta maaf tuan, tak sengaja, sebab saya tengok Waze, tak perasan, minta maaf", kata lelaki Cina itu. 

Tindakan lelaki Cina merakam pak cik itu membuatkannya rasa tercabar dan tidak puas hati

Pak Cik tersebut siap meminta IC namun tidak diberikan. Apabila ditegur jangan marah kerana bulan Ramadan, pak cik kelihatan melenting.

"Ini kan bulan Ramadan, janganlah marah-marah" kata lelaki Cina. 

"Kepala bapak kau, Ramadan tak Ramadan? Kau agama apa? Kau jangan sibuk agama aku, Ramadan ke tak Ramadan ke jangan sibuk. 

"Kau Cina buat cara Cina, reti bahasa? Faham?" kata pak cik itu. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: