Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Lepas Jatuh & Terhentak Kepala Di Rumah
Allahu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular insiden seorang kanak-kanak perempuan maut setelah jatuh di rumah
Nureen Fateha Md Zulhaidi, 11 tahun meninggal dunia pada 6 Mac disebabkan pendarahan dalaman kepalanya.
Menurut sumber, kejadian berlaku di apartmen mereka semasa ayah dan ibunya bekerja.
“Saya diberitahu oleh pembantu rumah arwah bermain kejar-kejar di ruang tamu dengan adiknya apabila dia tersandung permaidani. Apabila dia jatuh, kepalanya terkena lantai dahulu.
“Selepas itu saya ada beri ubat tahan sakit tetapi dia muntahkan kembali. Apabila saya ingin bawanya ke doktor, dia kata dia ingin rehat di rumah saja,” ujar Cik Norsahida, 36 tahun.
Keadaan arwah bertambah tenat pada lewat malam
Mulut arwah mula berbuih dan sukar bernafas. Setelah menghubungi ambulans, arwah dihantar ke hopsital, namun telah menghembuskan nafas terakhirnya.
“Doktor berkata dia mengalami 80 peratus pendarahan dalaman dan mereka cuba bersihkan darah beku. Tetapi apakan daya, Allah lebih sayangkan dia.
“Inilah saya nak kata, kalau budak-budak jatuh di rumah, jangan tunggu. Pergi ke hospital atau doktor terdekat supaya mereka diperiksa,” kata Encik Md Zulhaidi (bapa kepada arwah).
Ibunya, Norsahida mengenang sifat anak sulungnya yang baik itu
Cik Norsahida berkata anak sulung daripada tiga adik-beradik itu sering mengejutkan keluarganya solat subuh sejak mereka pulang daripada menunaikan umrah pada Januari.
“Sejak pulang daripada umrah, arwah selalu kejutkan saya dan ayahnya setiap pagi untuk solat subuh.
“Bahkan, ketika kami lakukan umrah dialah jam loceng kami. Pukul 3.30 pagi dia sudah siap siaga kerana dia takut terlambat.
“Apabila pulang ke Singapura, dia ada kata ketika mengejutkan saya, ‘Bangun mummy, jangan kata saya tak kejutkan mummy’.”
Arwah juga seorang yang gemar menulis. Arwah sempat menulis surat penghargaan kepada ibunya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!