seismik

[VIDEO] Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dilanda Banjir Kilat Akibat Hujan Lebat

Banyak penerbangan terpaksa dibatalkan dan ditangguh.

Cover image via @redzuanNewsMPB (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan keadaan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai di media sosial

Lapangan terbang itu bertukar menjadi lautan kerana dilanda banjir semalam (Selasa).

Banjir itu berpunca daripada hujan berterusan yang menyebabkan operasi lapangan terbang ditutup selama 25 minit.

Sehubungan dengan itu, banyak penerbangan terpaksa dibatalkan dan ditangguh kepada jadual lain.

Penumpang digalakkan untuk menyemak dengan syarikat penerbangan mereka mengenai maklumat terkini tentang status penerbangan mereka.

Image via Sky News

Tujuh wilayah di sebuah persekutuan juga mengalami hujan lebat

Menurut sumber, tujuh wilayah yang terdiri daripada Abu Dhabi, Dubai, Sharjah, Ajman, Umm Al Quwain, Ras Al Khaimah dan Fujairah juga mengalami hujan lebat.

Lebih daripada 120mm (4.7 inci) hujan turun pada hari Selasa, yang merupakan purata tahunan yang biasa di negara gurun itu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: