Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kenapa Indonesia Sangat Penting Untuk Malaysia? Ini Jawapan KJ & Shahril Hamdan

Sebagai rekod, PILPRES dan PEMILU Indonesia 2024 akan diadakan serentak pada tahun ini.

Cover image via @keluarsekejap (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia telah wujud ribuan tahun lalu kerana Malaysia terletak berdekatan dan mempunyai sempadan yang sama

Begitupun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok berkenaan perbincangan 'Kenapa Indonesia ini penting kepada Malaysia?' yang dikendalikan oleh dua orang politik berpengaruh dan bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan.

Dalam video edisi khas #KeluarSekejap itu turut membincangkan PILPRES & PEMILU Indonesia 2024 ketika ini.

KJ bertanyakan soalan kepada Shahril, 'Kenapa Indonesia ini penting kepada kita?' dan jawapan Shahril berikan agak menarik perhatian rata-rata warganet di TikTok.

Image via @keluarsekejap (TikTok)

Ini antara jawapan daripada Shahril mengenai mengapa Indonesia penting kepada Malaysia?

Pertama sekali, Shahril memberitahu kepada KJ bahawa Indonesia merupakan jiran kepada Malaysia dan keduanya Indonesia merupakan negara keempat paling ramai di dunia.

Tambah Shahril lagi, Indonesia juga merupakan negara di mana rakyatnya majoriti berpenganut agama Islam dan merupakan antara negara Islam terbesar di dunia.

Malah, Shahril juga memberitahu Indonesia turut merupakan negara demokrasi terbesar di dunia selepas India dan KJ sempat mencelah mengatakan bahawa Indonesia merupakan diaspora yang ramai di Malaysia.

"Mungkin 2 atau 3 juta tengok data apa yang kita pakai, tapi berjuta-jutalah rakyat Indonesia ini berada di negara Malaysia," ujar Shahril.

Image via @keluarsekejap (TikTok)

"Indonesia merupakan salah satu paksi kuasa di rantau ASEAN ini" - Shahril Hamdan

"Dan dalam ASEAN itu sendiri, suka tak suka Indonesia saya rasa, kalau ia bertindak dengan betul. Betul bagi merekalah, pengaruh mereka akan jauh jadi lebih besar daripada sebelum-sebelum ini," katanya.

Lihat video penuh perbincangan mereka di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Info tambahan, PILPRES dan PEMILU Indonesia 2024 bakal diadakan serentak pada tahun ini di negara berkenaan.

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment