Kenapa Surah Maryam Dikatakan Paling Bagus Untuk Ibu Hamil? Ini Antara 7 Sebabnya
Sebab ketujuh paling banyak membantu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Surah Maryam merupakan surah yang sangat popular dan sering dijadikan sebagai bacaan untuk ibu hamil
Ia merupakan bukti kehebatan kuasa Allah dan surah ini juga mempunyai 98 ayat yang membawa banyak kebaikan buat ibu hamil.
Ia dinamakan Surah Maryam kerana di dalamnya mengandungi kisah Maryam, iaitu ibu Nabi Isa a.s. Selain kisah Maryam, di dalamnya juga terkandung kisah Nabi Zakaria a.s yang memohon dikurniakan anak walaupun dirinya sudah berumur manakala isterinya pula mandul.
Jadi, mengapa dalam banyak-banyak surah di dalam Al-Quran, surah Maryam yang menjadi bacaan untuk wanita hamil?
Berikut di bawah merupakan antara 7 kebaikan dan kelebihan surah Maryam:
1. Doa untuk dikurniakan anak yang taat
Menurut ayat 13-14, surah ini boleh dijadikan sebagai doa untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah dan saling sayang menyayangi.
وَّحَنَانًا مِّنْ لَّدُنَّا وَزَكٰوةً ۗوَكَانَ تَقِيًّا ۙ
Maksudnya:
"Dan (Kami jadikan) rasa kasih sayang (kepada sesama) dari Kami dan bersih (dari dosa). Dan dia pun seorang yang bertakwa,"
(Surah Maryam Ayat 13)
وَّبَرًّاۢ بِوَالِدَيْهِ وَلَمْ يَكُنْ جَبَّارًا عَصِيًّا
Maksudnya:
"Dan sangat berbakti kepada kedua orang tuanya, dan dia bukan orang yang sombong (bukan pula) orang yang durhaka,"
(Surah Maryam Ayat 14)
2. Sentiasa tingkatkan kesabaran
Surah Maryam juga mengajar kita supaya sentiasa menjadi hamba Allah SWT yang sabar kerana di setiap sabar itu pasti ada pengakhiran yang indah dan terkandung penuh hikmah dalam setiap ujian yang Allah SWT berikan.
فَحَمَلَتْهُ فَانْتَبَذَتْ بِهٖ مَكَانًا قَصِيًّا
Maksudnya:
"Maka dia (Maryam) mengandung, lalu dia mengasingkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh,"
(Surah Maryam Ayat 22)
3. Tiada yang mustahil jika Allah SWT berkehendak
Walaupun isteri mandul dan Nabi Zakaria a.s sudah terlalu tua, tetapi mereka tetap dikurniakan anak. Oleh itu, sentiasalah bertakwa kepada Allah dan yakin dengan kekuasaan-Nya.
قَالَ كَذٰلِكَۗ قَالَ رَبُّكَ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٌ وَّقَدْ خَلَقْتُكَ مِنْ قَبْلُ وَلَمْ تَكُ شَيْـًٔا
Maksudnya:
"Demikianlah Tuhanmu berfirman - Hal itu mudah bagi-Ku; sungguh, engkau telah Aku ciptakan sebelum itu, padahal (pada waktu itu) engkau belum berwujud sama sekali,"
(Surah Maryam Ayat 9)
4. Tingkatkan keyakinan diri dengan perlindungan daripada Allah SWT
Tiada apa yang dapat melindungi diri kita tanpa bantuan daripada Allah SWT. Oleh itu, dalam apa keadaan sekalipun, tetapkanlah keyakinan bahawa Allah lah sebaik-baik pelindung.
قَالَتْ اِنِّيْٓ اَعُوْذُ بِالرَّحْمٰنِ مِنْكَ اِنْ كُنْتَ تَقِيًّا
Maksudnya:
"Sungguh, aku berlindung kepada Tuhan Yang Maha Pengasih terhadapmu, jika engkau orang yang bertakwa,"
(Surah Maryam Ayat 18)
5. Mengajar diri agar jangan cepat berputus asa
Kita sentiasa perlu berdoa kepada Allah SWT walaupun masih belum dikabulkan lagi tanpa putus asa. Seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s sehingga beliau menerima berita gembira yang ditunggu-tunggu sepanjang hidupnya.
يٰزَكَرِيَّآ اِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلٰمِ ِۨاسْمُهٗ يَحْيٰىۙ لَمْ نَجْعَلْ لَّهٗ مِنْ قَبْلُ سَمِيًّا
Maksudnya:
"Wahai Zakaria! Kami memberi kabar gembira kepadamu dengan seorang anak laki-laki namanya Yahya, yang Kami belum pernah memberikan nama seperti itu sebelumnya,"
(Surah Maryam Ayat 7)
6. Mengajar diri agar sentiasa berprasangka baik dengan Allah SWT
Ketika Maryam hampir berputus asa di saat kelahiran anaknya, Allah SWT datangkan pertolongan yang tidak disangka-sangka.
فَنَادٰىهَا مِنْ تَحْتِهَآ اَلَّا تَحْزَنِيْ قَدْ جَعَلَ رَبُّكِ تَحْتَكِ سَرِيًّا
Maksudnya:
"Maka dia (Jibril) berseru kepadanya dari tempat yang rendah - Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu,"
(Surah Maryam Ayat 24)
7. Menjadi lebih tenang semasa bersalin
فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَىٰ جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَٰذَا وَكُنْتُ
نَسْيًا مَنْسِيًّا
فَنَادَاهَا مِنْ تَحْتِهَا أَلَّا تَحْزَنِي قَدْ جَعَلَ رَبُّكِ تَحْتَكِ سَرِيًّا
وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا
Maksudnya:
"Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, Maryam berkata: “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi barang yang tidak berarti, lagi dilupakan. Kemudian, Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: “Janganlah kamu bersedih hati, Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu."
Di sini kami sertakan bacaan penuh Surah Maryam untuk perkongsian ibu-ibu hamil di luar sana:
Semoga semua yang bakal bergelar ibu dipermudah urusan bersalin dan dikurniakan anak soleh dan solehah. Amin :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment