seismik

Banyak Khasiat Untuk Kandungan, Ini 5 Buah Terbaik Yang Disarankan Untuk Ibu Hamil Makan

Dah lah sedap, banyak khasiat pula tu.

Cover image via GetSihat & Alodokter

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengambilan diet pemakanan yang sihat adalah penting bagi setiap wanita ketika hamil

Setiap makanan yang diambil akan memberikan kandungan nutrien penting untuk pertumbuhan dan perkembangan ibu serta bayi.

Diet yang sihat merangkumi pelbagai sumber makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran dan juga protein.

Namun begitu, mungkin ramai wanita di luar sana masih belum tahu bahawa terdapat buah untuk ibu mengandung yang spesifik.

Jom kita lihat antara lima buah terbaik yang selamat dimakan sepanjang tempoh kehamilan.

Image via GIPHY

1. Pisang

Image via Alodokter

Seperti mana yang kita tahu, buah pisang mengandungi kuantiti yang tinggi vitamin C, kalium, vitamin B-6 dan serat.

Serat yang tinggi dalam pisang boleh membantu ibu mengandung yang kerap berdepan masalah sembelit. Malah, vitamin B-6 boleh membantu mengurangkan masalah mual dan muntah pada awal kehamilan.

2. Delima

Image via Alodokter

Buah delima merupakan buah yang padat dengan sumber tenaga yang baik. Ia juga boleh memenuhi keperluan vitamin K yang penting untuk mengekalkan tulang sihat, kalsium, folat, zat besi, protein dan serat.

Menurut sumber, mengambil jus delima berkemungkinan dapat mengurangkan risiko kecederaan kepada plasenta.

3. Mangga

Image via GetSihat

Mangga adalah buah yang terbaik untuk diambil ketika hamil, tetapi pastikan anda juga mengambil buah-buahan lain. Secawan potongan buah mangga memberikan 100% daripada keperluan harian vitamin C untuk ibu mengandung.

Bayi yang lahir dengan kekurangan vitamin A berkemungkinan untuk mengalami masalah imun yang rendah dan berisiko untuk menghadapi komplikasi selepas bersalin, seperti jangkitan pernafasan.

4. Avokado

Image via Al Raudhah

Avokado merupakan sumber terbaik bagi vitamin C, E, B dan K. Asid lemak yang terdapat dalam avokado penting untuk perkembangan otak dan saraf bayi, serta magnesium dan kalium.

Selain itu, buah ini juga mengandungi lemak yang dapat memberi tenaga dan membantu mencegah kecacatan tiub neural.

5. Oren

Image via Remaja

Buah oren memang mempunyai banyak khasiat bukan saja untuk ibu mengandung, tetapi untuk semua orang. Buah dari kumpulan sitrus ini dapat membantu anda untuk kekal hidrasi.

Vitamin C dalam buah oren boleh membantu mencegah kerosakan sel dan membantu penyerapan zat besi. Folat pula boleh membantu mencegah kecacatan tiub neural, yang boleh menyebabkan keabnormalan otak dan tulang belakang bayi.

Pengambilan buah-buahan ini adalah salah satu ikhtiar supaya ibu dan bayi sihat. Jangan lupa untuk ambil pemakanan diet seimbang juga ya mommies! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: