Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kerajaan Pegang RM12.8 Bilion Wang Tak Dituntut Milik Awam, Ini Cara Untuk Anda Mohon WTD

Jangan lupa tuntut wang anda!

Cover image via Berita Harian Harakahdaily

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan sejumlah RM12.8 bilion direkodkan sebagai Wang Tidak Dituntut (WTD) milik awam sehingga Oktober lalu

Menurut laporan Berita Harian, jumlah itu adalah baki daripada RM17 bilion nilai keseluruhan WTD yang diserah oleh syarikat dan firma.

"Sehingga tempoh 31 Oktober lalu, jumlah keseluruhan WTD yang diserah oleh syarikat dan firma adalah berjumlah RM17 billion.

"Jumlah bayaran balik WTD kepada empunya yang berhak adalah RM4.2 bilion menjadikan baki WTD sehingga 31 Oktober lalu berjumlah RM12.8 bilion," katanya pada sesi penggulungan Rang-Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Image via Berita Harian

Sementara itu, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melaksanakan 184 reruai di seluruh negara bermula 2022 bagi meningkatkan kesedaran dan menggalakkan orang awam membuat tuntutan.

"Taklimat juga diadakan kepada syarikat dan firma, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi lain bagi memberi kesedaran berkenaan WTD. Sepanjang 2024, JANM sudah mengadakan sebanyak 108 taklimat," katanya lagi.

Mengenai cadangan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali, agar kerajaan mempunyai perancangan melakukan pengesanan pemilik atau waris menggunakan data terkini di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya wang itu dapat dikreditkan terus secara automatik ke dalam akaun mereka, Amir Hamzah berkata, pihaknya akan meneliti perkara terbabit.

Bagi anda yang ingin membuat permohonan WTD, berikut di bawah adalah cara mengikut Seksyen 13(1), Akta WTD 1965

Gambar sekadar hiasan.

Image via PropertyGuru Malaysia

  1. Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.
  2. Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.
  3. Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.
  4. Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia 

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment