seismik

Gadis OKU Hasilkan Lukisan Mangkuk Tingkat Bertaraf Antarabangsa - "Guna Elemen Klasik"

Difahamkan, mangkuk tingkat tersebut juga pernah dijual di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Qatar, Dubai, Jepun, Perancis dan China. Wow!

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang gadis Orang Kurang Upaya (OKU) berjaya membuktikan meskipun cacat pendengaran dan bisu, dia mampu untuk berkecimpung dalam dunia lukisan bagi menyara diri dan keluarga

Menurut laporan Harian Metro, gadis yang dikenali sebagai Nur Amiratul Farahin Ab Rahman, 27, mula serius dalam bidang tersebut selepas mengikuti kursus dalam bidang Rekabentuk Fesyen dan Pakaian di Politeknik Ibrahim Sultan,Pasir Gudang, Johor.

Menurutnya, kekurangan diri bukan penghalang untuknya berdiri sebaris dengan individu lain yang normal malah sentiasa berfikiran positif demi memastikan setiap ilmu dapat dapat digunakan dengan sebaiknya.

"Alhamdulillah, saya dapat membuktikan kekurangan diri dan kini menjadi salah seorang pereka lukisan syarikat keusahawanan yang menghasilkan produk mangkuk tingkat terkemuka negara.

"Kejayaan hari ini adalah permulaan bagi diri saya untuk terus berusaha mempertingkat diri dengan idea baharu pada masa akan datang," katanya.

Nur Amiratul Farahin Ab Rahman

Image via @tiffinjeiwa (Instagram)

Mangkuk tingkat tersebut juga mendapat tempat di hati peminat luar negara dan pernah dijual di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Qatar, Dubai, Jepun, Perancis dan China

Farahin berkata, dia sudah bekerja di syarikat keusahawanan itu hampir dua tahun dan minat bersolek, melukis dan mewarna sejak kecil lagi.

Sebelum ini, dia sangat meminati bidang lukisan dan pernah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai, Johor.

Anak kedua dari tiga beradik kelahiran Johor Bahru ini berkata, dia dan abang berstatus OKU manakala ibu bapa serta adiknya normal seperti individu lain.

Menurutnya, dia bertugas sebagai pereka lukisan bagi mangkuk tingkat itu dan kemudiannya dilukis oleh pelukis tempatan menggunakan tangan.

"Saya berterima kasih kepada ibu bapa, keluarga, guru dan pensyarah yang banyak mendorong sepanjang terlibat dengan kerjaya diceburi hari ini," katanya.

Selain memenangi banyak pertandingan lukisan yang diadakan dalam negara, Farahin juga pernah menjadi naib juara dalam pertandingan Abilympics di Perancis pada 2023 .

Farahin menggunakan warna terang berkonsepkan elemen klasik dan tradisional seperti motif batik, kebaya dan nyonya pada mangkuk tingkat keluli menjadikan bekas makanan warisan itu tampil lebih unik.

Penaung Tiffin Jeiwa Ina Fadilah Nizar (kanan) bersama pembantunya Nur Amiratul Farahin Ab Rahman menunjukkan produk keluaran syarikatnya pada Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 baru-baru ini.

Image via @tiffinjeiwa (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: