seismik

Awas! Berdengkur Semasa Tidur Boleh Jadi Punca Kematian, Ini Penjelasan Dr Malar

Uish, bahaya rupanya tidur berdengkur ni.

Cover image via @drmalarss (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berdengkur adalah bunyi yang dihasilkan oleh seseorang semasa tidur dan boleh menyebabkan gangguan kepada orang di sekeliling

Kebiasaannya, punca seseorang tidur berdengkur adalah kerana penat yang melampau dan boleh terjadi kepada lelaki atau perempuan.

Namun begitu, sebenarnya berdengkur bukanlah sesuatu yang normal kerana sebenarnya seseorang itu tidak bernafas ketika tidur dan boleh menyebabkan kematian.

Baru-baru ini, seorang doktor pakar di TikTok iaitu Dr Malar berkongsi punca dan bahayanya jika seseorang itu tidur berdengkur.

Menerusi video berdurasi 4 minit yang dimuat naik oleh Dr Malar, beliau memberitahu bahawa bunyi dengkuran terhasil disebabkan saluran pernafasan yang sempit sehingga berlakunya kesukaran udara untuk masuk dan keluar.

"Sepatutnya bila kita tarik nafas dan lepas nafas, walaupun ketika tidur, udara tarik dan hembus nafas ini mestilah melalui saluran pernafasan yang cukup ruangnya untuk udara itu masuk dan keluar.

"Tapi kalau ruang itu menjadi sempit, udara masuk dan keluar akan jadi susah dan udara itu akan bergesel dengan saluran pernafasan menyebabkan berlakunya bunyi dengkuran," katanya.

Boleh menyebabkan kematian jika saluran pernafasan tertutup sepenuhnya

"Ini jugalah yang menyebabkan ramai orang yang berdengkur meninggal dunia di dalam tidur sebab bila bunyi dengkuran berhenti, bermakna dia berhenti bernafas," katanya.

Menurutnya lagi, berdengkur bukanlah bermaksud seseorang itu tidur dengan nyenyak, tetapi tidak mendapat tidur yang bagus menyebabkan rasa mengantuk di siang hari.

"Waktu tengah drive boleh microsleep, waktu tengah belajar atau kerja boleh tertidur. Sebabnya malam dia tak dapat tidur dengan nyenyak.

"Cara untuk bantu orang yang kuat dengkur adalah dengan mengejutnya supaya mengalihkan posisi tidur agar lebih selesa dengan harapan supaya saluran pernafasan mereka boleh terbuka kembali," katanya lagi.

Lihat video penuh di bawah:

@drmalarss

Uols tahu tak yang berdengkur ni bukan perkara biasa??? Berdengkur tu tandanya seseorang itu tak bernafas tau waktu tidur tu, dan ada kemungkinan boleh meragut nyawa. Bahaya kan? Kalau uols nak tahu kenapa berdengkur tu menyebabkan seseorang tak bernafas waktu tidur, tengok video sampai habis ya! #celotehdrmalar #fyp #fypviral

original sound - CelotehDrMalar - CelotehDrMalar

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: