seismik

5 Anggota Malbatt 850-12 Dilaporkan Cedera Terkena Serpihan Bom Serangan Israel Di Lubnan

Semoga mereka dilindungi Allah SWT dan selamat di sana.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lima anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-12 yang baru tiba di Selatan Lubnan dikhuatiri cedera akibat terkena serpihan letupan serangan Israel

Menurut laporan Harian Metro, maklumat terkini dari Tentera Lubnan berkata kejadian berlaku ketika kenderaan membawa anggota Batalion Malbatt 850-12 melalui sekatan jalan raya Tentera Lubnan melalui Awali di Sidon, Lubnan.

Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) berkata, konvoi membawa pasukan pengaman yang baru tiba di Selatan Lubnan tercedera dalam serangan dron yang berlaku berhampiran.

Image via Buletin TV3

"Lima anggota pengaman cedera ringan dan dirawat oleh Palang Merah Lubnan di tempat kejadian.

"Tentera Lubnan turut mengesahkan tiga tenteranya di pusat pemeriksaan berhampiran cedera," katanya.

Tiga tentera Lubnan juga dilaporkan mengalami kecederaan

Unifil turut mengingatkan kepada semua pihak supaya tidak meletakkan pasukan pengaman dan orang awam berada dalam keadaan bahaya.

"Perbezaan harus diselesaikan di meja rundingan, bukan melalui keganasan," katanya.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian berkenaan.

Atur gerak pasukan Malbatt 850-12 yang membabitkan kekuatan 854 pegawai dan anggota termasuk pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang pegawai awam dilaksanakan secara berperingkat bermula 6 sehingga 18 November.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: