Dakwaan Soalan Ujian Bertutur SPM 2026 Bocor Adalah Tidak Benar – Lembaga Peperiksaan
Difahamkan, persamaan tema atau kata kunci dengan instrumen peperiksaan sebenar tidak membuktikan berlakunya kebocoran soalan
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lembaga Peperiksaan (LP) telah menafikan dakwaan kebocoran soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (UBBI) bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026
Dalam satu kenyataan rasmi di Facebook, LP menegaskan kebocoran itu tidak benar sama seperti apa yang tular di media sosial.
Setelah diteliti, maklumat yang disebarkan merupakan senarai tema umum dan ramalan berdasarkan kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
"Persamaan tema atau kata kunci dengan instrumen peperiksaan sebenar tidak membuktikan berlakunya kebocoran soalan kerana sesuatu tema boleh dikembangkan kepada pelbagai bentuk soalan, situasi dan tugasan," katanya.

UBBI telah bermula pada 2 November lepas dan akan berakhir esok 5 November 2026.
Lembaga Peperiksaan sentiasa mematuhi aspek keselamatan dan kerahsiaan Akta Rasmi 1972
LP menegaskan penyediaan dan pengendalian instrument peperiksaan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOPO) yang ditetapkan dengan mematuhi aspek keselamatan dan kerahsiaan selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Gambar sekadar hiasan.
Image via UtusanSelain itu, LP turut mengingati orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya.
Calon SPM 2026 juga dinasihatkan supaya kekal tenang dan memberikan tumpuan kepada peperiksaan yang sedang berlangsung.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via