Kes Seleweng Duit Derma: 20 Akaun Milik Pasangan Pempengaruh Bernilai RM740,000 Dibekukan
Difahamkan, penyelewengan dana itu turut membabitkan dua lagi individu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun yang membabitkan pasangan pempengaruh bernilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam beberapa hari lalu
Menurut laporan Harian Metro, selain pasangan pempengaruh terbabit, dua lagi individu turut terpalit dakwaan penyelewengan dana awam itu.
Difahamkan, akaun yang dibekukan itu adalah milik individu serta syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dana yang diterima daripada orang ramai menggunakan satu platform kutipan derma dalam talian.
Image via Sinar Harian
Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan pembekuan beberapa akaun milik individu serta syarikat susulan siasatan SPRM terhadap pasangan pempengaruh terbabit
Menurutnya, segala sitaan dan pembekuan akaun dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Terdahulu, SPRM telah menyambung reman empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh sebelum ini ditahan pada 10 Julai lalu kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.
Perintah sambung reman selama tiga hari sehingga esok, 16 Julai dikeluarkan oleh Majistret Siti Zahirah Zaidon.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment