seismik

[VIDEO] Lelaki Kongsi Rasa Teruja, Pertama Kali Naik Kereta Tanpa Driver Di San Francisco!

Canggih!

Cover image via @4mirSaid (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perkhidmatan teksi dan e-Hailing sudah biasa kita lihat apabila melancong di mana-mana negara

Tidak dinafikan, perkhidmatan seperti ini dapat memudahkan kita untuk ke destinasi yang kita ingin pergi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang malas nak menghadap kesesakan lalu lintas.

Namun, baru-baru ini seorang lelaki rakyat Malaysia berkongsi pengalamannya menaiki kereta tanpa pemandu di San Fransisco untuk ke destinasi yang ditujunya telah mendapat perhatian warganet.

Image via @4mirSaid (X)
Image via @4mirSaid (X)

Menerusi video berdurasi 2 mini yang dimuat naik oleh @4mirSaid, kelihatan lelaki itu dan seorang lagi wanita menunjukkan bagaimana mereka mendapatkan servis kereta tanpa pemandu tersebut dengan menggunakan aplikasi 'Waymo'.

Apa yang menarik perhatian adalah, kereta berkenaan tiba dalam masa yang cepat dan ternyata memang tiada pemandu di dalamnya.

"First time cuba Waymo dekat San Francisco. Waymo ni macam Grab dekat Malaysia, tapi self-driving car. Best experience ever," katanya.

Lihat video penuh di bawah:

Seronoknya! Tapi siapa yang ada trust issue tak boleh naik ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: