seismik

Rider GrabFood Dipuji Ramai, Pulangkan Duit Tip RM500 Sebab Ingat Pelanggan Kurang Sihat

Bagus abang ni, jujur.

Cover image via KL Foodie & GrabFood Rider Malaysia (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aplikasi penghantaran makanan seperti GrabFood, foodpanda dan sebagainya menyediakan ruang untuk pelanggan memberikan duit tip kepada rider sebagai tanda menghargai perkhidmatan mereka

Dalam aplikasi GrabFood pula, pelanggan boleh memberi duit tip kepada rider serendah RM1. Sebagai rider, duit tip yang diterima merupakan rezeki lebih bagi mereka dan membuatkan mereka rasa dihargai.

Namun begitu, lain pula kisahnya dengan seorang rider GrabFood ini mendapat tip daripada pelanggan sebanyak RM500.

Menerusi tangkap layar tersebut, ketika dia menghantar makanan ke rumah, ibu kepada pelanggannya itu kemudian memberi wang tunai sebanyak RM500.

Apa yang mencuri perhatian adalah tindakan rider berkenaan yang membuat keputusan untuk memulangkan semula duit tip yang diterimanya ternyata membuatkan ramai terkejut.

Namun menurutnya, dia beranggapan ibu pelanggan tersebut kurang sihat dan mungkin pelupa sehingga tidak menyedari dia memberikan sejumlah wang yang banyak.

Susulan tularnya kisah itu, rider berkenaan dipuji ramai netizen kerana bersikap jujur

Image via @pedoqpop (X)
Image via @pedoqpop (X)
Image via @pedoqpop (X)
Image via @pedoqpop (X)

Lihat ciapan penuh di bawah:

Baik betul hati dia. Semoga abang tu dimurahkan rezeki dan dipermudah segala urusan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: