Lelaki Kongsi Pengalaman Melawat Kampung Di Jepun Yang Kini Hanya Dihuni Oleh 'Patung'
Meremang pula bulu roma.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jepun merupakan negara yang terkenal dengan kebersihan dan kecanggihan teknologinya dalam kalangan para pelancong
Jika pergi ke Jepun, kebiasaannya ramai memilih untuk berjalan di kawasan bandar mereka yang cantik dan maju.
Namun, berbeza pula dengan seorang lelaki ini apabila dia menceritakan pengalamannya melawat sebuah kampung di Jepun yang hanya dihuni oleh 'manusia buatan'.
Dulu meriah dengan manusia, tapi sekarang hanya dihuni patung tidak bernyawa
Menerusi video yang dikongsi oleh @addamshahh yang menetap di Jepun, kampung Kakashi itu dahulunya riuh dengan sekumpulan manusia yang kebanyakannya orang tua.
"Jujur aku katakan bila masuk je dalam kampung ni terasa sedikit vibe horror dan juga seram tu.
"Kampung ini dahulunya riuh dengan sekumpulan manusia, namun kini hanya didiami oleh manusia-manusia buatan yang dibuat oleh Ayano Tsukimi iaitu seorang wanita yang juga penduduk asal kampung ini.
"Dia dulu pergi ke Osaka untuk bekerja dan setelah retire dia balik dan decide untuk buat patung-patung ini, bagi menemani dia lah kot," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!