seismik

Elak Jadi 'Mabuk' & Keracunan, Ini Perkara Yang Anda Tak Boleh Ambil Lepas Makan Durian

Haa peminat tegar durian kena baca ni.

Cover image via Verywell Health & Wikipedia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Durian merupakan buah kegemaran ramai rakyat Malaysia, ada yang makan sampai tak ingat dunia kerana nikmatnya hanya penggemar tegar saja yang tahu

Namun begitu, anda perlu tahu bahawa durian tidak boleh digabungkan dengan beberapa jenis makanan dan minuman kerana akan menyebabkan mabuk atau keracunan ringan.

Baru-baru ini, doktor pakar perubatan swasta, Dr Ahmad Samhan berkongsi di Threads mengenai beberapa jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan selepas makan durian.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wikipedia

Elak minum kopi lepas makan durian

Menurut laporan Kosmo!, durian mengandungi sulfur dan tinggi karbohidrat, manakala kopi mempunyai kafein yang boleh menyebabkan dehidrasi.

Gabungan durian dan kopi boleh menyebabkan tindak balas yang tidak baik kepada badan manusia termasuklah risiko mabuk serta keracunan ringan.

Menurut Dr Ahmad Samhan pula, selain kopi, elakkan juga mengambil minuman beralkohol, berkarbonat, produk tenusu, makanan berminyak, pedas serta tinggi protein selepas anda 'pulun' makan durian.

Dr Ahmad Samhan

Image via SAYS Seismik

"Jangan gabungkan makanan atau minuman yang boleh beri tekanan berlebihan kepada badan. Selepas makan durian, tunggu sekurang-kurangnya empat hingga enam jam sebelum minum kopi.

"Rehatkan badan, minum banyak air kosong untuk bantu singkirkan toksin dalam badan serta makan makanan ringan yang mudah hadam. Jika keadaan tidak bertambah baik, pergi ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Image via Kosmo!

Ingat tu guys, banyakkan minum air masak lepas makan durian okay!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: