seismik

Remaja 16 Tahun Belajar 'Coding' Sendiri Menang Apple's Swift Student Challenge 2024

Hebatnya dia, tahniah!

Cover image via SAYS

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang remaja perempuan telah memenangi pertandingan mencipta aplikasi di Swift Student Challenge (SSC) 2024 yang dianjurkan oleh syarikat Apple

Menurut laporan SAYS, remaja 16 tahun yang dikenali sebagai Nur Alia Jannah itu telah mencipta 'Tracklist', iaitu aplikasi semakan muzik yang berjaya melayakkannya sebagai pemenang SSC.

Apa yang luar biasa ialah, Nur Alia yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam, Selangor merupakan seorang ‘coder’ yang belajar sendiri.

"Saya terlibat dalam bidang pengekodan selepas mengetahui tentang SSC dan diilhamkan oleh aplikasi yang dipamerkan di WWDC 2021," katanya.

Image via SAYS

Walaupun tidak memiliki MacBook, keazaman Alia membuatkan dia akhirnya menemui Swift Playgrounds di iPad, platform yang dia dapati boleh diakses dan menarik untuk beginner

Selain daripada kemahiran pengekodan, pemahamannya tentang review muzik juga telah menyumbang kemenangannya.

"Saya pada mulanya mereka bentuk aplikasi untuk track beberapa lagu tertentu yang saya dengar, contohnya review saya tentang album, artis atau lagu. Kemudian saya sedar tidak ada aplikasi untuk orang membuat review lagu," katanya.

Image via SAYS

Hadapi banyak cabaran ketika mencipta 'Tracklist' sepanjang tiga minggu

Antara cabaran yang dihadapi oleh Alia adalah seperti masalah teknikal, termasuk insiden kehilangan data yang penting. Pengalamannya itu menekankan tentang kegigihan dalam menyelesaikan masalah.

"Saya kehilangan fail aplikasi saya pada satu ketika dan hanya mempunyai backdated backup code, jadi saya terpaksa membuat semula beberapa bahagian.

"SSC mengajar saya bahawa idea tidak pernah terlalu kecil dan ia sentiasa boleh berubah menjadi sesuatu yang lebih besar dan lebih hebat," katanya lagi.

Image via SAYS

Alia percaya, sokongan daripada Apple memainkan peranan penting dalam memupuk bakat muda. Untuk pengetahuan anda, aplikasi Tracklist kini dalam fasa beta.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: