seismik

Video Pelajar Mat Salleh Rakam Momen Graduasi Guna Lagu 'UiTM Di Hatiku' Jadi Perhatian

"Lagu UiTM mendonia" - Netizen.

Cover image via @d0ublechin2.0 (TikTok) , @whiteboy_612 (TikTok) , @a_.shlee (TikTok)

 Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelajar lepasan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sudah tentu tahu lagu rasmi yang dimainkan setiap kali majlis graduasi bukan?

Lagu itulah yang membuatkan kita teringat kembali zaman belajar dahulu. Tentu banyak kenangan pahit dan manis sebelum berjaya menghabiskan pembelajaran.

Baru-baru ini, tular pula beberapa klip video mat salleh menggunakan lagu UiTM Di Hatiku ketika hari graduasi mereka telah mendapat perhatian ramai di TikTok.

Menerusi video pendek itu, mat salleh berkenaan menggunakan lagu rasmi UiTM semasa melihat kawan-kawannya naik ke pentas untuk mengambil skrol.

Difahamkan, mereka membuat konten suka-suka dan kebetulan naik di For You Page (FYP) netizen Malaysia.

Disebabkan hal itu, video-video mereka mendapat berjuta tontonan dan ramai netizen Malaysia meninggalkan komen lucu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: