Proton S70 Varian 2026 Kini Dilancarkan Secara Rasmi, Harga Baharu Bermula Dari RM56,800

Proton perkenal dua varian baharu untuk S70 keluaran 2026.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Proton Cars

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Proton Holdings Bhd (PROTON) telah memperluaskan rangkaian sedan segmen-C popularnya dengan pelancaran varian model tahun 2026

Model baharu ini terdiri daripada dua varian iaitu Proton S70 Lite dan Prime yang menawarkan ciri praktikal untuk kegunaan harian pada harga yang berpatutan.

Kedua-dua model ini menggantikan enjin pengecas turbo yang terdapat pada varian lebih tinggi dengan enjin aspirasi semula jadi 1.5 liter yang dipadankan dengan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menghasilkan kuasa 120 PS dan tork 150 Nm.

Di bahagian dalam kabin, ciri-ciri standard merangkumi paparan infotainmen 8 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar (yang akan tersedia melalui kemas kini pada Oktober 2026), Electric Parking Brake (EPB), enam beg udara dan sistem Pengesanan Titik Buta (Blind Spot Detection).

SAYS.com
Image via Proton (Facebook)

Varian S70 Prime menawarkan ciri keselesaan premium pada harga yang sedikit lebih tinggi.

Sementara model Lite dilengkapi lampu hadapan halogen dan tempat duduk fabrik, varian Prime pula menampilkan peningkatan berupa lampu hadapan LED automatik, rim aloi 17 inci, tempat duduk kulit sintetik serta sistem kawalan iklim automatik zon tunggal.

SAYS.com
Image via Proton (Facebook)

Harga ditawarkan bermula RM56,800 selepas rebat ganjaran tempahan awal

Harga atas jalan (tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia bermula daripada RM59,800 untuk varian Lite dan RM62,800 untuk varian Prime, manakala harga di Malaysia Timur masing-masing bermula daripada RM61,800 dan RM64,800.

Sempena pelancaran ini, PROTON menawarkan rebat sebanyak RM3,000 bagi pendaftaran yang dibuat sehingga 31 Disember 2026, sekali gus menjadikan harga permulaan serendah RM56,800 di Semenanjung Malaysia.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Rashid Musa, menyatakan bahawa model-model ini memberi tumpuan kepada keperluan asas harian.

"Menerusi Proton S70 Lite dan Prime, kami menjadikan S70 lebih mudah dimiliki oleh lebih ramai rakyat Malaysia dengan memberi tumpuan kepada aspek paling penting dalam pemilikan harian, ruang, keselesaan, kemudahan, ketersambungan dan keselamatan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: