Siri Nombor Plat ‘H1’ Kini Terjual, Nilai Bidaan Luar Biasa Catat Rekod Hampir RM11 Juta

Untuk rekod, siri H secara keseluruhan telah menjana RM91.2 juta!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang individu telah membayar RM10,777,777 untuk nombor pendaftaran "H 1" sekaligus menjadikan ia paling mahal dalam siri "H"

Nombor pendaftaran siri "H" ini dikeluarkan bersempena sambutan Hari Malaysia 2026.

Proses pembidaan lima hari ini telah dilancarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sistem JPJeBid pada 16 hingga 20 September lepas.

Siri H ini sahaja telah menjana RM91.2 juta, di mana RM89.27 juta adalah daripada bidaan yang sah dan RM1.94 juta cukai dibayar.

Seramai 34,664 pembida telah menyertai sesi kali ini dan sebanyak 8,223 nombor pendaftaran telah dibida dalam masa lima hari tersebut.

SAYS.com
Image via J Empire Car Plate (Facebook)

'H 1' menjadi nombor pendaftaran paling mahal, jauh daripada nombor lain

Sebanyak RM10.78 juta telah dibina untuk "H 1" dan jauh mendahului nombor lain.

Kedua tertinggi adalah 'H 9' dengan RM4,969,999, diikuti 'H 3' dengan RM4,209,777 dan 'H 5' dengan RM4,007,777.

Antara bidaan tinggi:

  • H 8: RM4,000,000
  • H 6: RM3,380,000
  • H 2: RM3,180,000
  • H 7: RM3,100,000
  • H 4: RM2,437,777
  • H 11: RM1,557,777

'H 1' sahaja mempunyai nilai dua kali ganda dari 'H 9'.

SAYS.com
Image via Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Facebook)

Bukan nombor-nombor itu sahaja yang bidaan tinggi tetapi bidaan paling terkenal adalah nombor pendaftaran 'H 1001' dan 'H 100' dengan 37 pembida untuk kedua-dua nombor.

Manakala, 'H 1805' dengan 36 pembida , 'H 1777' dan 'H 4818' dengan 32 pembina.

Kementerian Pengangkutan mengatakan sambutan dan penerimaan ini menunjukkan minat kepada nombor pendaftaran khas dan unik termasuk cara pembidaan yang mudah melalui JPJeBid.

Kesemua wang yang telah dijana dari acara ini akan disalurkan kembali ke melalui pelbagai program dibawah Kementerian Pengangkutan dan JPJ. Ini juga termasuk program inisiatif keselamatan jalan raya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik