Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kisah Pemandu Grab Cina Belanja Gadis Muslim Juadah Berbuka Puasa Ini Amat Menyentuh Hati

Inilah keistimewaan hidup berbilang bangsa.

Cover image via Twitter @aqlhsyzwna

Salah satu perkara paling unik tentang Malaysia tentunya masyarakat berbilang bangsa yang hidup harmoni antara satu sama lain

Image via roketkini.com

Kehidupan berbilang bangsa merupakan tunjang negara yang memacu Malaysia ke hadapan sejak dari dahulu lagi. Nilai ini sungguh berharga dan tiada galang gantinya bagi kita semua.

Perkara ini turut dicemburui oleh penduduk luar negara, malah kebanyakan warga asing yang datang ke Malaysia begitu teruja melihat kepelbagaian yang kita tawarkan dalam masyarakat.

Dan kisah ini jelas memaparkan keistimewaan hidup berharmoni sesama kaum

Pada 27 Mei 2019, seorang pengguna Twitter dengan tweethandle @aqlhsyzwna telah memuat naik satu kisah yang amat menyentuh hati rakyat Malaysia berkenaan layanan yang diterimanya semasa menaiki Grab.

Gambar sekadar hiasan

Image via makanlena.com

Gadis tersebut, Nur Aqilah Syazwina menceritakan bagaimana beliau tidak menyangka pemandu Grab warga Cina berkenaan melayannya dengan sungguh baik sehingga sanggup menemaninya ke bazar Ramadan.

Me : You tak gi bazaar ke?
Him : Eh, you want to go? Jom la i bawak

Pada mulanya, Aqilah dan pemandu Grab tersebut, Wong Zhen Wei atau Ahwei hanya berborak kosong seperti biasa sehinggalah Aqilah ternampak sebuah bazar di luar kereta dan terus bertanyakan soalan di atas.

Tanpa disangka, Ahwei terus mencari parkir dan mereka berdua pergi ke bazar tersebut bersama-sama untuk membeli juadah berbuka puasa.

Lebih mengejutkan, Aqilah tidak perlu membelanjakan walau satu sen pun kerana segala juadah dibayar oleh Ahwei

Melihatkan peribadi Ahwei yang begitu baik hati, Aqilah kemudian mengajaknya berbuka puasa bersama keluarganya di rumah. Namun Ahwei menolak.

Menurut Aqilah lagi, dia cukup tersentuh kerana Ahwei terpaksa meletakkan keretanya jauh dari bazar namun tetap sanggup berjalan bersamanya.

Aqilah amat berterima kasih kepada Ahwei dan mendoakan semoga Ahwei bahagia dan berjaya di masa hadapan

Gadis yang berasal dari Batu Pahat ini turut menyeru orang ramai supaya memberi lima bintang kepada perkhidmatan Ahwei sekiranya mereka berkesempatan menaiki kenderaan Grab beliau.

Sebelum ada pihak yang salah faham, Ahwei sebenarnya tidak berniat untuk 'mengorat' atau berkenalan dengan Aqilah pun

Malah, sepanjang perjalanan, Ahwei turut menceritakan perihal isteri dan anak-anaknya. Ya, Ahwei sudah pun berkahwin dan dia berkelakuan begitu hanya kerana dia seorang yang berhati mulia.

Image via Twitter @elyana_0407

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Orang kita memang baik budi pekertinya:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment