Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

KKM Sahkan Satu Kes Positif Mpox Kini Dikesan Terdapat Di Malaysia

Terdapat 10 kes mpox yang direkodkan di negara ini adalah dari varian clade II sahaja.

Cover image via City Of Chicago Nona

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kes berkenaan dikesan daripada 58 kes disyaki mpox yang telah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini.

Beliau berkata pesakit berkenaan merupakan seorang lelaki warga tempatan yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September lepas manakala ruam mula muncul pada 12 September.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Metropolis

Tambah beliau, individu yang sedang dalam isolasi itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul dan kini berada dalam keadaan stabil.

"Semua kontak bagi pesakit ini sedang dikenal pasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, sejak 26 Julai 2023, terdapat 10 kes mpox yang direkodkan di negara ini adalah dari varian clade II sahaja.

Malah, bilik gerakan mpox yang diaktifkan pada 16 Ogos lepas di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan sentiasa memantau situasi mpox serta menyelaraskan pelbagai langkah kesiapsiagaan serta respons yang berkenaan.

"Bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan membolehkan orang ramai memainkan peranan dengan meningkatkan kawalan kesihatan kendiri, KKM meneruskan hebahan melalui pelbagai saluran media massa dan media sosial," katanya.

Lihat kenyataan rasmi penuh daripada KKM di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment