Kongsi Rezeki Dengan Pekerja Asing, Sikap Mulia Anas Zahrin Jadi Contoh Pada Orang Ramai
Berbagi rezeki amalan mulia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Media sosial merupakan salah satu platform untuk kita kongsikan berita kepada orang ramai
Tambahan lagi dalam menyebarkan kebaikan dan membuka mata masyarakat luar tentang sesuatu perkara.
Bagi usahawan kosmetik Anas Zahrin, beliau memilih untuk kongsikan banyak ilmu pengetahuan tentang perniagaan serta tips kejayaan buat sesiapa sahaja yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan.
Image via @anaszahrin (Instagram)
Jika anda sudah lama mengikuti perkembangan beliau di media sosial mesti tahu bahawa Anas ini merupakan seorang yang pemurah dan sering kongsi rezeki dengan sesiapa sahaja yang beliau nampak di hadapan mata.
Baru-baru ini, Anas yang juga merupakan sahabat baik kepada selebriti Noor Neelofa itu ada memuat naik satu video ketika baru selesai membeli barangan dapur di sebuah pasar raya
Menurutnya, terdapat seorang pekerja asing yang sering membantunya membawa barangan tersebut ke kereta tanpa gagal.
“Kalau saya pergi berbelanja, dia ni kalau nampak saya tolak troli dia akan kejar saya sebab nak tolong. Dia kata takpe biar dia tolakkan. Dia suruh saya pergi ke kereta.”
Di akhir video, kelihatan Anas memberi sedikit wang ringgit kepadanya sebagai tanda terima kasih atas bantuan yang diberikan.
Ramai pengikutnya turut memuji perbuatannya dan menjadikan beliau sebagai contoh dalam setiap perkara
Image via @anaszahrin (Instagram)
Image via @anaszahrin (Instagram)
Mungkin jika ada yang tidak mengenalinya akan mengatakan bahawa beliau seorang yang menunjuk-nujuk wang ringgit tetapi hakikatnya tidak lah begitu kerana dengan cara itu juga akan membuatkan ramai membuka mata dalam menghargai usaha dan jasa seseorang.
Penulis: Ainaa Mazalan
Semoga sikap baik Anas ini akan membuatkan kita semua menjadi seorang insan yang berhati mulia kepada semua orang.
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment