seismik

Bangga Membesar Lihat Kejayaan Azhan Rani, Fimie Don Titip Pujian Buat ‘Abang Tersayang’

So sweet!

Cover image via @realfimiedon (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menjadi seorang pelakon mungkin nampak mudah bagi sesetengah pihak dengan hanya perlu menghafal skrip dan terus berlakon di hadapan lensa kamera

Namun begitu, pelbagai cabaran perlu mereka tempuhi untuk bergelar anak seni yang berkualiti tinggi.

Begitu juga dengan pelakon serba boleh Azhan Rani yang telah dijadikan sebagai idola oleh pelakon Fimie Don.

Menerusi posting di laman Instagram milik Fimie, beliau telah meluahkan rasa bangga terhadap Azhan Rani semenjak mereka mula digandingkan berlakon dalam sebuah karya

“Aku membesar dengan abang Azhan Rani. dan aku berbangga dapat peluang melihat abang Azhan mengembangkan sayapnya di dalam industry. Susah payahnya dulu berbaloi, lihat lah abang Azhan di mana sekarang. Masih lagi down to earth walau pun ilmu dan pengalamannya luar biasa.”

Dalam masa yang sama, Fimie turut berterima kasih kepada Azhan yang telah memberi tunjuk ajar kepadanya selama berada dalam industri seni.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata followers Fimie bersetuju dengan kata-kata pelakon tersebut

Berikut di bawah merupakan antara komen di Instagram:

Apa yang lebih melucukan apabila pengikut terhibur dengan pemilihan foto yang dimuat naik oleh Fimie bagi melahirkan rasa penghargaannya kepada Azhan

Sempat lagi ya nak kenakan Azhan, siap post gambar rambut ‘karat’ lagi tu.

Semoga lebih ramai lagi pelakon dapat melahirkan rasa bangga mereka terhadap pelakon lain sebagai salah satu cara mengenang kerja seni mereka.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: