seismik

Tindakan Redza Rosli Lempang Melissa Buatkan Netizen Rasa Puas Hati

Kan dah kena lempang.

Cover image via @redzarosli (Instagram) & @ritanadira_ (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Drama berjudul 'Tak Sempurna Mencintaimu' yang dipertontonkan di slot Akasia TV3 telah menayangkan episod terakhirnya pada 27 April 2021

Drama tersebut dibintangi oleh pelakon utama seperti Redza Rosli, Intan Najuwa dan Rita Nadira. Drama itu mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Jika anda menonton 'Tak Sempurna Mencintaimu', pasti anda ikut geram dengan watak antagonis Melissa yang dilakonkan oleh Rita Nadira.

Pada 27 April 2021, pelakon Redza Rosli telah memuat naik satu hantaran di Instagram beliau berkaitan hal itu.

Perkongsian tersebut menunjukkan sedutan video Redza yang membawakan watak Mustaqim telah menampar Melissa

Dengan berkapsyenkan “Ada suka?? Episode akhir TaksempurnaMencintaimu tonight! Kita jumpa 7PM! Enjoy the show! @rrsupporters”

Redza yang tahu kemarahan netizen kepada Melissa meminta pendapat mereka jika babak itu disukai ramai. 

Dalam pada itu, para netizen menyatakan pendapat mereka di ruangan komen Instagramnya

Nampaknya rata-rata netizen suka akan tindakan Mustaqim itu malah ada yang mahu balasan lebih buruk dikenakan kepada Melissa.



Memandangkan drama berkenaan telah tamat, adakah anda berpuas hati dengan kesudahannya?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: