Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Konsert Solo Pertama 'Amy Search Magic' Bakal Gegarkan Axiata Arena 26 April Ini

Tiket untuk konsert ini akan mula dijual bermula 5 Februari 2025 di www.wowtix.com.my.

Cover image via Amy Search Magic

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Amy Search bakal mengukir sejarah dalam kariernya apabila akan menjayakan konsert solo pertamanya di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 April ini

Konsert yang diberi nama Amy Search Magic First Solo Concert itu dijangka menjadi salah satu detik penting dalam perjalanan seni Amy yang berkelana selama lebih empat dekad dalam industri muzik.

Selepas 44 tahun mencipta fenomena bersama kumpulan Search, Amy kini bersedia untuk menonjolkan sisi berbeza dan langkah ini dilihat sebagai satu usaha untuk mempersembahkan kehebatannya secara lebih mendalam dan intim kepada peminat.

"Saya menerima pelawaan pihak penganjur tahun lalu. Tidak dinafikan memang ramai yang menawarkan saya menjayakan konsert solo, tapi saya selalu beri alasan belum bersedia.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

"Tapi disebabkan tawaran ini datang daripada pengarah konsert, Jennifer Thompson saya terus terima kerana saya mahukan barisan tenaga kreatif yang cukup berpengalaman dan bukan tangkap muat.

"Setiap lagu yang akan saya nyanyikan nanti adalah cerminan daripada warna kehidupan saya . Setiap nota dan lirik membawa kisah yang berbeza, melambangkan suka-duka yang saya lalui dalam industri muzik ini.

"Saya berharap konsert ini akan memberi ruang kepada peminat untuk merasai segala perasaan yang saya alami sepanjang perjalanan ini," katanya.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Konsert ini dibawakan secara eksklusif oleh TheWhiteGroup dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia

Tiket untuk konsert ini akan mula dijual bermula 5 Februari 2025 di www.wowtix.com.my .

Harga tiket bermula daripada RM188 (Cat 6- Tiada lagi ), RM288 (Cat 5 – Gita Rama Sita), RM388 (Cat 4 – Kerja Gila), RM538 (Cat 3- Kamilah Cinta), RM608 (Cat 2 – Saatku Idamkan) dan RM788 (Cat 1- Rock Royalty).

Dalam pada itu, Amy menafikan bersikap jual mahal apabila menolak pelawaan beberapa penganjur untuk mengadakan konsert solonya sebelum ini.

"Saya bukan jual mahal, tapi siapa produser konsert adalah penting untuk saya. Mereka perlu memahami latar belakang saya.

"Saya perlukan orang yang tepat dan waktu yang tepat sebelum setuju untuk menjayakan konsert. Melalui konsert solo ini, saya ingin mempersembahkan bukan saja muzik, tetapi juga jiwa saya.

"Lagu-lagu yang akan saya bawakan adalah bukan sekadar hits, tetapi juga pengalaman hidup yang membentuk siapa saya hari ini. Peminat akan dapat melihat sisi peribadi saya yang jarang mereka ketahui," ujarnya.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Tonton video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment