Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

KTMB Tawar Koc Mewah Tema Ala 'Victoria' Ke Hat Yai Untuk Keselesaan Penumpang

Lagi best sebab boleh baring dan rehat.

Cover image via Travel Rookie (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tak dinafikan, kalau travel jauh semestinya kita inginkan keselesaan bukan?

Baru-baru ini, KTMB menawarkan koc mewah kepada penumpang setia KTM yang inging melancong ke negara jiran iaitu Thailand.

Menurut Sin Chew Daily, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membuat pengumuman semasa sidang media yang diadakan pada Khamis, 18 Mei lalu, selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran syarikat kereta api itu.

“Mereka yang berminat juga boleh melangsungkan perkahwinan atau berbulan madu di dalam kereta api elektrik kerana ia terdapat bilik yang disediakan untuk pasangan pengantin,” jelasnya.

Inisiatif tersebut dibuat untuk menyediakan pilihan yang lebih banyak untuk pasangan pengantin yang ingin menganjurkan majlis perkahwinan atau honeymoon.

Image via Travel Rookie (Facebook)

Lebih banyak kemudahan untuk maksimumkan keselesaan anda!

Kereta api elektrik ini dilengkapi dengan bilik peribadi, bilik mandi, restoran dan bilik karaoke dalam koc mewah.

Koc itu juga telah dilengkapi dengan tema zaman Victoria yang istimewa. Harganya juga sangat berpatutan. 

Image via Travel Rookie (Facebook)

Image via Travel Rookie (Facebook)

Image via Travel Rookie (Facebook)

Image via Travel Rookie (Facebook)

Image via Travel Rookie (Facebook)

Sesiapa yang berminat boleh buat tempahan melalui panggilan telefon

Dalam sidang media itu, menteri turut menyatakan tren ini boleh bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia selagi berada di landasan kereta api KTMB, bermakna penumpang boleh bergerak sehingga ke Hat Yai, Thailand.

Tambahnya, koc itu hanya boleh didapati di tren elektrik KTMB, dan bilangan tren mungkin ditambah berdasarkan permintaan orang ramai.

Buat sementara waktu, tempahan boleh dibuat melalui panggilan telefon di talian +603-22631078.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment