seismik

[VIDEO] Pengantin Kongsi Tips Lap Air Mata Supaya Makeup Tak Crack Ini Curi Tumpuan

Tips berguna!

Cover image via @ctjamil92 (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai pengantin, sudah semestinya akan menempah makeup artist untuk merias wajah

Iyalah, semua pengantin mesti nak tampil cantik dan kelihatan berseri-seri. Namun, untuk menjaga muka yang dihias itu bukanlah mudah disebabkan peluh dan air mata.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang pengantin berkongsi tips lap air mata supaya makeup tahan lama telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Hanya menggunakan tisu dengan teknik yang betul

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pengantin sedang berkongsi tips supaya makeup tahan lama. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia mempunyai teknik menggunakan tisu untuk mengelap air matanya.

Kebiasaannya, kalau mengelap muka yang telah dirias dengan tisu, ia akan menjadi bertompok-tompok. Namun, dengan menggunakan teknik yang diajar, makeup tak akan crack dan kekal cantik. 

Cara-caranya senang saja: 

1. Lipatkan tisu menjadi segi tiga. 
2. Lap air mata pada hujung mata menggunakan hujung tisu. 
3. Masukkan tisu pada hidung untuk menahan cairan. 

Haa, senang kan. Bagi sesiapa yang bakal berkahwin nanti, jangan lupa guna tips ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: