Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Gara-Gara Brendan Gan..." - Kuasa Viral Bantu Guru Pulangkan Beg Peminat FA Selangor Ini!

Kisahnya itu viral sampai Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) turut bantu usaha Afaf dalam mengesan kembali remaja berkenaan menerusi FB.

Pada 14 Disember lalu, telah diadakan Hari Bola Sepak Selangor buat peminat-peminat tegar pasukan 'The Red Giants' yang bertempat di Stadium Shah Alam

Image via Facebook FA Selangor

Turut diadakan pada hari tersebut adalah penjualan jersi berwarna hitam atau 'blackout' dan hanya dikeluarkan sebanyak 2,000 helai sahaja yang ternyata penjualannya telah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penyokong The Red Giants.

Dijual laris ibarat pisang goreng panas, lihat sahaja jersi limited edition itu di bawah. Memang cantik!

Image via Twitter @bam_reel

Image via Twitter @bam_reel

Image via Twitter @bam_reel

Bukan itu sahaja, pada hari tersebut juga telah diadakan Majlis Pengenalan Skuad Selangor 2020 yang mana enam pemain baharu Selangor FA diperkenalkan iaitu Nor Hakim Hassan, Safuwan Baharudin, Nicholas Swirad, Brendan Gan, Rodney Celvin dan Tauffiq Ar Rasyid.

Raja Muda Selangor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah (tengah) berkenan bergambar bersama barisan pemain dan pengawai pasukan pada Majlis Pengenalan Pemain Red Giants 2020 sempena Hari Bolasepak Selangor di Stadium Shah Alam pada 14 Disember 2019.

Image via Selangor Kini

Sebagai rekod, Selangor mengekalkan kebanyakan pemain daripada musim lalu namun menggugurkan lapan pemain iaitu Amri Yahyah, Nurridzuan Abu Hassan, Faiz Nasir, Latiff Suhaimi, Norhakim Isa, Fandi Othman serta dua pemain import iaitu Michal Nguyen dan Endrick Dos Santos.

Menariknya, pada hari yang sama itu juga telah terjadi satu insiden melucukan yang melibatkan seorang guru bahasa Inggeris dengan seorang remaja berusia 15 tahun.

Yang lawaknya ia melibatkan pemain bola sepak, Brendan Gan!

Semuanya bermula apabila guru bernama Afaf Abu Bakar itu datang daripada Alor Setar ke stadium semata-mata mahu bertemu dengan Brendan Gan, pemain tengah skuad Harimau Malaya yang baru menyarung jersi Selangor.

Afaf (kanan) bersama Syed Azmi (tengah) ketika hadir di majlis Hari Bola Sepak Selangor di Stadium Shah Alam.

Image via Facebook Afaf Abu Bakar

"Saya ke Shah Alam sebab kebetulan ada majlis perkahwinan kawan di Perak. Dari Alor Setar saya terus ke sana (Shah Alam) sebelum ke Perak. Selain ingin bertemu dengan Brendan, saya juga berhasrat mahu mendapatkan tandatangan pemain itu untuk kad hari jadi anak," katanya

Oleh kerana sesi bertemu dan beramah mesra bersama barisan pemain itu berlangsung agak lama, Afaf kemudiannya bertemu dengan dua orang remaja yang sudi menghulurkan bantuan untuk beratur bagi mendapatkan tandatangan bagi pihaknya.

Brendan Gan.

Image via Facebook FASelangorMy

"Saya pula pakai kasut tumit tinggi sebab nak pergi kenduri, tambahan pula agak penat nak beratur dan mereka tawarkan diri untuk membantu dan meminta tolong jagakan beg yang dibawa mereka.

"Apabila tiba giliran saya untuk berswafoto dengan Brendan, saya jadi teruja dan ditambah pula orang ramai ketika itu menyebabkan terlupa mengenai beg mereka. Selepas itu, saya terus balik dan baru sedar beg mereka ada dengan saya," tambahnya.

Gara-gara terlalu teruja bertemu dengan Brendan Gan, wanita itu tanpa sengaja ‘terbawa’ pulang beg milik remaja bernama Syed Azim Syed Ahmad Rizal itu!

Pada awalnya Afaf beranggapan itu hanya beg biasa tetapi selepas membuka dan lihat isi beg, didapati ada jersi yang baru dibeli.

“Saya berasa bersalah dengan mereka sebab betul-betul terlupa ada pegang beg mereka. Selepas majlis itu, saya terus balik sebab nak pergi kenduri," kata guru bahasa Inggeris dari Maktab Mahmud Sik itu lagi.

Image via imgur.com

Afaf kemudiannya telah berkongsi kisahnya itu di laman Facebook yang ternyata turut mendapat perhatian daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) itu sendiri lalu berkongsi usaha Afaf dalam mengesan kembali remaja berkenaan menerusi FB.

Image via Facebook FASelangorMy

Selain itu, Afaf telah menerima maklum balas pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Bestari iaitu sekolah remaja terbabit. Melalui pihak sekolah itu juga, wanita itu akhirnya dapat berhubung dengan remaja berkenaan melalui laman Facebook.

Sebahagian daripada perbualan mereka berdua telah dikongsikan dalam laman sosial itu.

Image via Facebook Afaf Abu Bakar

Kesimpulannya, dengan bantuan kuasa viral Afaf telah berjaya mengesan semula Syed Azmi. Menurutnya, dia akan memulangkan semula beg serta jersinya itu melalui pos laju secepat yang mungkin.

Image via Facebook Afaf Abu Bakar

Penulis kalau jumpa Brendan Gan depan mata pun confirm terus jadi tak keruan...

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perak FA pula bakal ada oppa!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment