seismik

[GAMBAR] Elok Betul Pemain Import Perak Dari Korea ni. Confirm Gegadis Serbu Stadium!

Ada kerja kosong tak kat situ? Nak hantar resume.

Cover image via Instagram @j._.eonn

Sejak kebelakangan ini, negara kita memang sering dibanjiri dengan artis-artis dari Korea Selatan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Businessinsider

Setiap kali mereka datang ke negara kita, memang ramailah peminat akan berpusu-pusu untuk melihat artis kesayangan secara live in Malaysia.

Sambil itu, akan turut ada special event bagi menghargai kedatangan selebriti ini ke Malaysia. Hebat betul penangan artis korea ini kan?

Walaupun ramai yang kecam kononnya peminat Kpop ini tapi nampaknya ramai juga yang semakin menerima trend di mana artis Korea Selatan semakin mendominasi kini. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Namun begitu, nampaknya Malaysia bakal menerima seorang lagi warganegara Korea Selatan di Malaysia, tapi dia bukan artis Kpop tau!

Menurut pengguna Twitter iaitu Perak Power mengkhabarkan bahawa Perak FA akan menerima seorang pemain pertahanan import dari Korea Selatan. 

Namun, apa yang menarik perhatian adalah wajah pemain itu yang tampan dan dipercayai mampu mencairkan hati gadis-gadis.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Namanya adalah Jeon Hyo Seuk, berumur 22 tahun dan mempunyai ketinggian 187cm. Ini adalah Instagram rasmi miliknya.

View this post on Instagram

A post shared by (@j._.eonn) on

Bagaimanapun, dia telah menutup ruangan komen membuatkan ramai yang tertanya-tanya sebab pemain tersebut berbuat demikian. 

Dalam pada itu, ramai yang menyambut baik berita tersebut malah memuji sisi kacak pemain tersebut

Demikianlah perempuan, hanya melihat ketampanan wajah pemain bola sepak sahaja dan bukan permainan itu sendiri. Tapi, sekali-sekala apa salahnya kan?

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel berkaitan bola sepak ini:

Leave a comment